Monday, August 1, 2011

Seorang Wanita Palestine Keguguran Akibat Gas Pemedih mMata Israel


Sumber perubatan Palestin di bandar Hebron, Selatan Tebing Barat, menyatakan seorang wanita Palestin yang sedang hamil mengalami keguguran pada Sabtu (30 / 7) pagi. Wanita tersebut keguguran selepas beberapa kanister gas pemedih mata jatuh di rumahnya di bandar tua Hebron.

Menurut sumber, dalam serbuan terhadap beberapa kompleks di Hebron, pasukan Israel menembak gas pemedih mata secara intensif tanpa sebab. Beberapa di antaranya jatuh di rumah seorang wanita Palestin yang sedang hamil.


Gas ini menyebabkan wanita hamil itu sesak nafas dan mengalami keguguran. Pegawai perubatan membawanya ke hospital Muhalla di bandar Hebron dan memberikan pertolongan kepadanya.

Sumber-sumber Palestin menyebutkan suasana genting meliputi bandar Hebron selepas peristiwa ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template