Thursday, August 11, 2011

Rusuhan di London Fenomena Hancurnya Kuasa Kapitalisme


HHRS 2.0 - Anak-anak muda yang memakai penutup muka dan kaus bertutup kepala melakukan rusuhan, merompak kedai-kedai, membakar dan terus memprovokasi kemarahan di Inggeris.

Anak-anak muda yang mengenakan tutup muka itu, benar-benar telah dirasuki kemarahan yang sangat hebat, dan mereka hidup di "ghetto-ghetto", dan hidup mereka bergantung bantuan kerajaan. Mereka kalangan miskin yang bergantung dengan dana kesejahteraan kerajaan.

Datuk Bandar London Boris Johnson mengatakan mereka yang terlibat rompakan, dan pembakaran, para "jenayah", dan ingin mendapatkan kebenaran atas tindakan mereka, ujarnya. Medan surat khabar sayap "Kanan" menyalahkan anak-anak muda, yang "tidak berfungsi."

Tapi, kalangan ahli akademik dan tokoh masyarakat mengatakan identiti anak-anak muda yang terlibat dalam aksi rusuhan, rompakan, dan pembakaran itu, adalah jauh lebih kompleks - yang mewakili kumpulan-kumpulan anak muda yang mudah terbakar emosi mereka, akibat ketegangan sosial dan ekonomi yang boleh meletup bila-bila masa saja, dan itu tidak mungkin dapat dielakkan.

Pada malam ketiga keganasan di London, polis anti rusuhan harus menghadapi anak-anak muda, yang terus melakukan rompakan, dan pembakaran, dan di jalan-jalan dipenuhi asap api dari kereta yang terbakar. Polis menghadapi kalangan yang menjadi musuh-musuh mereka, yang berasal dari latar belakang yang berbeza - tua dan muda, hitam dan putih.

Di tempat-tempat runcit, di mana para perompak membuka rantai gerbang yang menjadi keselamatan kedai, dan skrin monitor cctv itu, boleh dilihat, bagaimana lelaki dan wanita yang melarikan diri dengan beg barang curi.

Paul Bagguley, seorang sosiologi dari University of Leeds, berkata, identiti mereka yang terlibat sangat berbeza, pelbagai jenis latar belakang keresahan dan keadaan telah menarik kumpulan-kumpulan sosial yang berbeza - dan ini pola pemberontakan yang sebelumnya pernah terjadi di Inggeris.

"Dalam hal konflik langsung dengan polis, yang terlibat sebahagian besar anak muda. Tetapi dalam hal penjarahan, itu lebih merupakan campuran - lelaki muda dan wanita muda yang terlibat," katanya.

Bagguley mengatakan, bagaimanapun, bahawa mereka dengan latar belakang berpendapatan rendah, menunjukkan bahawa sementara kekerasan mungkin telah dicetuskan oleh kemarahan atas tindakan polis yang menembak mati seorang pemuda, minggu lalu. Tetapi, keadaan yang sangat luar biasa itu, merupakan akumulasi dari kesan jangka panjang, akibat penurunan ekonomi global, benar-benr telah membantu meledaknya rusuhan, rompakan, pembakaran di pusat-pusat bandar London.

"Saya melihat bahawa orang-orang yang menganggur atau pendapatannya sangat rendah yang terlibat kekacauan dan pembakaran. Masyarakat secara terus-menerus dilayang dengan iklan dan mereka melihat kedai-kedai penuh barang yang mereka tidak mampu membelinya, dan ingin membeli, dan terus digalakkan untuk membeli , dan keinginan-keinginan lain yang tidak mungkin lagi dapat dipenuhi oleh mereka yang berpendapatan rendah ", tutur Paul Bagguley.

Kriminolog Universiti Bedfordshire Yohanes Pitts, mengatakan, bahawa rusuhan, penjarahan, rompakan, dan pembakaran ini, sudah sangat akumulatif, dan kesan dari polisi kerajaan, yang melakukan pemotongan perkhidmatan sosial bagi para pemuda, dan mengakibatkan mereka mengalami kerugian pekerjaan di sektor awam. Sebenarnya, syarikat-syarikat di Inggeris menjadi faktor kunci dan ikut memburukkan situasi, kemudian menyebabkan meledaknya rusuhan dan kemarahan.

"Saya kira ada rasa ketidakpuasan atas polisi syarikat dan situasi yang sangat membatasi mereka, dan kemudian melahirkan sikap permusuhan yang terus berkembang dan meletup", ujarnya.

Sementara banyak dari mereka yang terlibat mungkin dari keluarga yang berpendapatan rendah. Tetapi, Bagguley, mengatakan terlalu mudah untuk menjelaskan para pelaku rusuhan itu, merupakan dari produk budaya kapitalis, tegasnya.

Pemimpin masyarakat London menyalahkan pencabutan hak adanya jaminan sosial yang dirasakan oleh golongan muda yang hidup di bandar-bandar seperti London, di mana jurang antara kaya dan miskin, kemudian melahirkan kebencian terhadap kerajaan, dan mereka merasa kerajaan Inggeris telah gagal mengatasi masalah mereka.

"Walaupun, kita dilahirkan oleh budaya konsumtif, mereka tidak mempunyai saham atau pengenalan dengan masyarakat ini, tidak ada kepentingan mereka, dan dengan demikian tidak akan rugi," kata Simeon Brown, seorang aktivis dan komentator sosial Tottenham di London, di mana rusuhan pertama berlaku pada hari Sabtu.

Lee Jasper, seorang pemimpin masyarakat yang terkemuka di London, mengatakan itu salah yang mengkategorikan para perompak dan perusuh sebagai penjahat tanpa mengira kemarahan mereka yang mendidih - bukan hanya tentang penembakan minggu lalu, tetapi merupakan situasi yang sangat kompleks. Keadaan itu dipicu dengan peristiwa penembakan oleh polis.

"Ada kecemasan dan kemarahan, luar biasa dan tuntutan keadilan, yang telah mencetuskan para demonstrasi," katanya. "Anda boleh menuduh mereka semua sebagai preman, tetapi jika orang berfikir penyelesaian untuk masalah yang kita lihat sekarang hanya memenjarakan beribu-ribu orang, saya fikir mereka keliru", ujarnya.

"Ada penyebab penting bahawa orang-orang yang berada di pusat bandar, merasa terasing dan terputus dari lingkungan masyarakat yang lebih luas, tidak mempunyai saham di dalamnya, dan kerana tidak melihat alasan untuk mengadopsi nilai-nilai moral yang telah ada."

Hal ini, kata Bagguley, diperparah oleh kurangnya alternatif bagi orang yang hidupnya tanpa mempunyai pekerjaan atau keluarga yang miskin - mungkin kerana kaum muda, mereka dalam beberapa kes, seperti sekarang sekolah sedang cuti musim panas).

Inilah fenomena yang berlaku di masyarakat Barat, dan nyaris berlaku di seluruh zon Eropah. Di mana keresahan yang sangat akumulatif, dan tanpa ada penyelesaian dari kerajaan. Anak-anak muda yang menganggur dan tidak mendapat pekerjaan serta tanpa pendapatan telah menjadi bom waktu.

Mereka setiap hari dijejali iklan yang sangat konsumtif, dan melihat kedai-kedai penuh dengan barang-barang mewah, sementara mereka tidak mampu membelinya. Sekarang zon Eropah dihentam krisis ekonomi yang sangat dahysat. Akibat hutang.

Ledakan itu, sebelumnya terjadi di Greece, di mana kemarahan, rusuhan, penjarahan, rompakan, dan pembakaran berlaku di pusat-pust bandar. Kerana jurang dan ketidak adilan, dan yang paling ketara berlaku di pusat-pusat bandar.

Ini hanyalah refleksi kemarahan dari rakyat yang menjadi produk kapitalis Barat, yang hanya melahirkan jurang sosial.

London tempat lahirnya kapitalisme Eropah, meletup rusuhan yang sangat dahsyat, dan itu hanya fenomena kehancuran kuasa kapitalisme Barat.

Diterjemah dari eramuslim

1 comments:

Anonymous said...

Kita sebagai orang Islam jangan ambil contoh pentadbiran England terhadap rakyatnya. Kesilapan pentadbiran dan kurang keadilan adalah satu punca rakyatnya mengamok.
Islam juga yang Ideal walaupun dimana kita berada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template