Wednesday, August 3, 2011

PRU13 bakal paling buruk dalam sejarah !!!!!


Isu MyPR-MyKad: DAP juga duga PRU-13 paling buruk dalam sejarah



KUALA LUMPUR, 3 Ogos — DAP, satu lagi Pakatan Rakyat melahirkan kebimbangan sambil mendakwa Barisan Nasional (BN) mendaftar pekerja-pekerja asing dan pemastautin tetap sebagai pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan selepas Aidilfitri.

Perikatan itu mendakwa mereka mempunyai bukti menunjukkan pemastautin tetap sudah muka diberi taraf kewarganegaraan dalam usaha mendaftar mereka sebagai pengundi.

Kepimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan sidang media petang ini bagi membuat pendedahan terbuka.

Dalam laporan The Malaysian Insider awal pagi ini, PAS mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar status kewarganegaraan dalam kadar yang cepat sambil menyifatkan ia dilakukan oleh “sindiket” yang dilindungi BN demi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, langkah JPN “membenarkan” pemastautin tetap menukar status kepada warganegara adalah amat tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, laporan-laporan berita semalam yang mendakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi satu “peringatan cukup membimbangkan” mengenai integriti sistem keselamatan negara ekoran penyalahgunaan data rakyat negara ini.

“Berdasarkan bukti penipuan dalam daftar pemilih yang semakin menjadi-jadi, pilihan raya umum ke-13 akan muncul sebagai pilihan raya paling buruk di Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pua juga mendakwa wujud komplot antara BN, Suruhanjaya Pilihan Raya dan juga JPN dalam tindakan menipu bagi mendapatkan sokongan ketika pilihan raya umum.

Dalam kenyataannya hari ini, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga berkata pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu menggunakan apa sahaja cara untuk merampas balik Selangor menunjukkan BN akan melakukan penipuan besar-besaran untuk mendapatkan kemenangan.

Semalam, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar meminta Najib tidak mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melakukan pembaharuan pilihan raya yang dituntut rakyat termasuk janjinya Ahad lalu.

Ahad lalu, Najib berkata beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 — salah satu aspek yang ditekankan oleh pembangkang selama ini.

Kata Perdana Menteri, sistem biometrik yang akan diperkenalkan oleh SPR akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan oleh pembangkang.

Justeru kata Najib, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

Sehubungan itu tegas Nurul, adalah tidak bermoral dan haram bagi Najib untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template