Saturday, August 20, 2011

Pilihan raya ‘olok-olok’ Umno Kelantan dua minggu mulai 16 Sept


TMI - Umno Kelantan akan mengadakan simulasi pilihan raya di negeri itu selama dua minggu mulai 16 September ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata sebagai persediaan, pihaknya kini mengadakan taklimat secara berperingkat kepada semua ketua peti undi dan cawangan parti itu.

“Sehingga kini, saya nampak semangat ahli Umno semakin tinggi dengan kerja yang dilakukan di peringkat akar umbi, dan kita amat berharap simulasi ini dapat sambutan baik dengan semua jentera parti bergerak cergas,” katanya dipetik Bernama Online.

Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan berdepan pilihan raya umum ke-13.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata ‘orang muda’ merupakan antara calon yang bakal disenaraikan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Beliau berkata muka baru perlu diberi peluang untuk bertanding sebagai nilai tambah bagi membantu parti meraih kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Secara umumnya, orang muda lebih memahami kehendak dan keperluan pengundi muda, justeru harus ada sebilangan golongan muda dalam senarai calon yang akan bertanding,” katanya.

Mustapa berkata bakal calon daripada golongan muda perlu memenuhi kriteria pemilihan, termasuk memperlihatkan ciri ‘calon menang’ yang disenangi rakyat.

Beliau menjangkakan calon pilihan raya umum kali ini sebahagiannya mungkin terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, pesara, tokoh agama atau ahli akademik.

Katanya, pertikaian berhubung calon yang dipilih pucuk pimpinan serta budaya ‘cah keting’ perlu dihindari kerana ia tidak menguntungkan parti.

KLIK IKLAN TABUNG BULUH BLOG INI Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template