Sunday, August 14, 2011

Perkasa bakar akhbar Star



FMT - Perkasa membakar akhbar The Star sebagai memprotes akhbar itu menyiarkan iklan hidangan Ramadan baru-baru ini.
Akhbar itu menyiarkan iklan juadah Ramadan mengandungi daging babi.
Pembakaran itu diketuai oleh Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Idris.
Dalam ucapannya, Irwan berkata. Penyiaran iklan oleh akhbar The Star itu menghina orang Islam.
“Perkasa meminta akhbar The Star meminta maaf secara terbuka kepada orang Islam,” katanya.
Dalam ucapannyqa, Irwan juga menyelar MCA dan MIC yang dianggapnya suka menjaga hal ehwal orang Melayu.
“Kamu kerjalah untuk kaum kamu sendiri kerana dalam pilihan raya tidak mendapat sokongan.
“Tolong hormati kaum majoriti,” katanya.



HHRS 2.0 - Serupa tapi tak sama




Ezam: Saya tak maksud 'bakar' betul, tapi simbolik..


Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.

NONEDalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk 
"membakar" Malaysiakini danThe Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad.

Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat.

Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam".

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan itu.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template