Friday, August 26, 2011

Pengaruh Air pada 7 Bahagian Tubuh Manusia


HHRS 2.0 - Air adalah komponen utama dalam tubuh manusia, bahkan sekitar 55 peratus berat badan kita adalah air. Tanpa air makhluk hidup tidak mungkin tumbuh dan berkembang kerana air sangat penting untuk reaksi kimia tubuh.

Air harus diambil setiap hari kerana tubuh tidak boleh membuatnya sendiri. Untuk mengetahui peranan air dalam tubuh kita berikut adalah pengaruh air pada 7 bahagian tubuh :

1. Otak 

Tubuh yang terhidrasi dengan baik akan membuat daya ingat lebih tajam, mood stabil dan motivasi lebih baik. Jika kandungan air dalam tubuh baik, kemampuan kita dalam menyelesaikan masalah juga akan meningkat. Para saintis menyebutkan kekurangan air akan menyebabkan aliran oksigen ke kawasan otak berkurang sehingga sel-sel saraf menyusut sementara. Tidak hairan jika orang yang kehausan biasanya sukar menumpukan perhatian.

2. Mulut

Air akan menjaga tekak dan bibir lebih basah dan menjaga mulut kekeringan. Keadaan mulut yang kering boleh mencetuskan bau mulut dan rasa yang tidak enak, bahkan gigi berlubang.

3. Jantung

Dehidrasi akan menyebabkan penurunan volume darah sehingga jantung akan bekerja lebih keras dalam mengepam darah agar sel-sel tidak kekurangan oksigen. Akibatnya aktiviti fizikal ringan seperti naik tangga atau berlari akan terasa lebih memenatkan.

4. Peredaran darah 

Tubuh mengeluarkan haba dengan cara melebarkan pembuluh darah yang berhampiran dengan permukaan kulit sehingga aliran darah lebih cepat dan panas lebih banyak yang dikeluarkan. Bila kita kekurangan cairan, diperlukan suhu persekitaran yang lebih tinggi agar pembuluh darah melebar sehingga kita akan rasa kepanasan.

5. Otot

Bila kecukupan cairan dipenuhi, air di dalam dan luar sel yang berfungsi mengkontraksi otot menyediakan nutrisi yang cukup dan proses pembuangan sehingga prestasi tubuh dalam keadaan baik. Air juga penting untuk sendi. Namun kejang otot tidak berkaitan dengan dehidrasi melainkan kerana keletihan otot.

6. Kulit

Jika seseorang menderita dehidrasi yang teruk, kulit menjadi kurang elastik. Keadaan ini berbeza dengan kulit kering, yang biasanya disebabkan kerana bahan kimia dalam sabun, air panas atau terdedah kepada udara kering. Malangnya, minum cukup air tidak akan menghalang kedut di kulit.

7. Ginjal

Ginjal memerlukan cecair untuk menapis "sampah" dari peredaran darah dan membuangnya melalui urin. Kecukupan cairan juga akan membantu mencegah jangkitan saluran kencing dan batu karang. Dehidrasi berat akan menyebabkan buah pinggang berhenti berfungsi, sehingga toksin atau racun terkumpul di tubuh.

Diterjemah dari kompas

KLIK IKLAN TABUNG BULUH BLOG INI Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template