Saturday, August 20, 2011

Pemuda Pas Malaysia mengucapkan tahniah kepada pihak akhbar Sinar Harian


Penjelasan Pemuda Pas terhadap isu Azhar Ahmad, Besah Mat dan Mansor Ahmad 

Sinar Harian - Pemuda Pas Malaysia mengucapkan tahniah kepada pihak akhbar Sinar Harian yang telah berusaha untuk menjejaki enam individu yang telah saya kemukakan sebelum ini.

Sinar harian telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda Pas membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara kita.

Keperihatinan rakyat ini sangat penting bagi membina suatu proses semak dan imbang dalam proses demokrasi di negara kita. Pemuda Pas juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad yang telah mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing.

Pengesahan mereka ini merupakan suatu usaha yang murni bagi mempastikan bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya benar-benar bersih. Ke enam-enam individu ini seharusnya berbangga kerana mereka terpilih dalam proses semak dan imbang terhadap daftar pemilih sah SPR.

Tidak timbul isu Pemuda Pas menuduh mereka mengundi dua kali kerana kami sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah di sebut oleh Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar pada 24hb Julai 2011 dalam akhbar The Star.

Pemuda Pas ingin tegaskan bahawa jika benar sesuatu kad pengenalan itu terdapat pengklonan maka lebih mudah berlakunya pengundian sebanyak dua kali. Semua ini mirip kepada manipulasi pilihanraya.

Pemuda Pas tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR. Enam data yang saya keluarkan hanyalah 6 daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda Pas.

Kajian tahap satu telah pemuda Pas lakanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia. Maka langkah seterusnya adalah Pemuda Pas mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Data-data tersebut adalah seperti berikut :

Jumaayah Bin Alus adalah nama yang jarang kita dengar. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11

Sainam Binti Tukisan adalah nama yang jarang kita dengar. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

Katimah Binti Kadni adalah nama yang kita jarang dengar. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi adalah nama yang kita jarang dengar. Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4sahaja.

Nama Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir adalah nama yang jarang kita dengar. Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

Berdasarkan kepada lima data di atas maka adalah mirip kepada manipulasi kerana hampir mustahil ramai individu memiliki nombor kad pengenalan yang 83 % sama bagi satu nama individu yang unik. Mungkin terdapat sebahagiannya kebetulan tetapi tidak mungkin semuanya kebetulan.

Oleh itu saya mohon kepada pihak Sinar Harian dan mana-mana pihak agar membuat semakkan terhadap data tersebut. Di harap individu yang terbabit dapat menampilkan diri. Semoga kita semua dapat menjayakan konsep semak dan imbang terhadap data-data sah SPR.


SUHAIZAN KAIAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI DAN MOBILISASI, PEMUDA PAS MALAYSIA
KETUA PEMUDA PAS JOHOR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template