Wednesday, August 17, 2011

Pakatan: Panel khas Parlimen perlu diberi kuasa total, diketuai pembangkang


Pakatan: Panel khas Parlimen perlu diberi kuasa total, diketuai pembangkang



TMI - Sambil menyifatkan pengumuman mahu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi meneliti sistem pilihan raya sebagai “kemenangan besar bagi pejuang demokrasi”, Pakatan Rakyat mahu panel itu diketuai oleh seorang wakil barisan pembangkang.

Selain itu, Pakatan Rakyat mahu jawatankuasa tersebut mempunyai kuasa menyiasat, mengesah dan mencadangkan perubahan menyeluruh, malah diberi kuasa dan kewangan yang secukupnya.

“Pakatan Rakyat menyambut baik kenyataan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) (semalam) untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan (khas) Parlimen. Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihan raya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.

“Walau bagaimanapun, demi bertindak jujur, kami meminta Perdana Menteri menyertakan tuntutan-tuntutan berikut dalam bidang tugas jawatankuasa pilihan tersebut,” kata Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 137 anggota di Dewan Rakyat, 75 wakil Pakatan Rakyat (DAP 29, PKR 23, PAS 23), Parti Sosialis Malaysia satu manakala Bebas sembilan.

Pakatan Rakyat juga mahu siasatan ke atas proses dan sistem pilihan raya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan salah satu daripada tujuh tuntutan diletakkan oleh Pakatan Rakyat.

Kata Pakatan Rakyat, pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas kesemua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadap institusi tersebut.

“Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan institusi ini yang sebenarnya pelindung demokrasi negara,” kata Pakatan Rakyat lagi.

Perikatan tiga parti itu menambah, pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya lapan tuntutan Bersih 2.0 dan melibatkan parti-parti politik, masyarakat umum dan para akademik.

“Web 2.0 dan media sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklum balas,” katanya.

Malah menurut Pakatan Rakyat, pihaknya mahu satu kajian bagi membanding dan mengambil pakai amalan tatacara pilihan raya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentang untuk pertimbangan jawatankuasa pilihan khas.

“Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisis, laporan dan sebagainya yang cukup meluas, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan jawatankuasa tersebut.”Kesemua penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Malah tegas Pakatan Rakyat, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media – televisyen dan media cetak – kepada perikatan tiga formal yang berusia tiga tahun itu.

“Dan, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang kerajaan Umno-BN dari memperbaiki kecacatan yang terdapat pada senarai pengundi yang telah dibangkitkan hingga ke hari ini – yang telah menghakis kebolehpercayaan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara; maka diseru pihak kerajaan pusat mengadakan satu perbicaraan awam demi mendengar kes-kes di mana nama-nama pemastautin tetap telah dimasukkan ke dalam senarai pengundi, setelah dijadikan warganegara dalam masa yang amat singkat,” kata kenyataan itu.

HHRS 2.0 - Kepincangan pilihanraya telah dibogelkan cukup-cukup. Rakyat tidak boleh ditipu lagi. Moralnya, jangan menipu lagi. Suka berbohong lama2 jadi pencuri. Ya betul, tengok berapa banyak harta rakyat telah mereka curi hasil menipu dalam pilihanraya untuk terus berkuasa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template