Friday, August 26, 2011

Aku pun nak isteri klon, mana nak dapat ni?

Ini kambing Dolly. Kambing klon

Di Malaysia ada manusia klon. siapa saintis dia? SPR? JPN??

Industri pengklonan sangat berjaya di Malaysia. jika berlaku kesilapan adalah kecil cuma 0.0001 % sahaja


Undi pos: DAP timbulkan 'isteri klon' pula

MK - DAP hari ini mendakwa, parti itu berjaya menemui rekod dua orang pengundi wanita yang didaftarkan sebagai undi pos – dengan nama yang sama dan juga berkahwin dengan seorang anggota tentera lelaki yang sama.

Anehnya, kedua-dua wanita bernama Khadijah Husin itu berdaftar di alamat yang sama dan juga mempunyai tarikh lahir yang sama, menurut rekod di pengkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

dap claims wives clone voters 250811

Kedua-duanya wanita tersebut, seorang daripadanya sembilan tahun lebih tua, dilahirkan pada 20 Februari dan nombor kad pengenalan mereka pula hanya mempunyai perbezaan pada satu digit.

Wanita berkenaan didaftarkan sebagai pengundi pos mengikut pasangan mereka, seorang anggota tentera bernama Nor Hisham Md Darus.

Mengulas penemuan itu, ahli parlimen Rasah, Anthony Loke berkata ketulenan pengundi pos berkenaan diragui memandangkan kesamaan yang dikesan itu "terlalu kebetulan."

"Adakah kebetulan seperti ini, di mana seorang lelaki ada dua isteri yang sama nama dan tarikh lahir? Kita syak (wanita) ini ialah orang yang sama dengan dua identiti.

"Jika media boleh jumpa dua wanita ini dengan nama dan tarikh lahir sama dan ambil gambar dengan suami dia, saya akan kunjungi keluar itu dan beri mereka hamper Hari Raya," katanya.

Seorang daripada wanita berkenaan telah dipindahkan untuk mengundi di kawasan Rasah manakala seorang lagi didaftarkan sebagai pengundi baru di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, semakan yang dijalankan Malaysiakini di pangkalan data dalam talian SPR menunjukkan, maklumat untuk seorang daripada wanita berkenaan (dengan nombor kad pengenalan 790220115182) telah dikeluarkan.



Free advertising

1 comments:

Admin on August 26, 2011 at 9:15 AM said...

Post anda dipaparkan di Page FB berikut:- http://www.facebook.com/pages/Malaysia-Politics-Blogger-Page-ProAnti-Gov/211246465595305?sk=wall

Jika setuju, sila Like Page tersebut, sebaliknya email kepada admin untuk remove blog feed anda.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template