Thursday, August 11, 2011

Kurang air ketika berpuasa boleh menyebabkan cepat marah


HHRS 2.0 - Kekeringan merupakan cabaran ketika di bulan Ramadhan selama umat Islam menjalankan ibadah puasa selama satu bulan. Masalah 'kering', mulai dari kulit kering, bibir kering, rambut kering dan badan yang terasa kering kerana kurang pengambilan air selama lebih kurang 14 jam menjadi penyebabnya. Tidak hanya itu, jika anda tidak cermat mencukupi keperluan air minum selama berpuasa, anda juga akan sering marah.

Berdasarkan berita yang laporkan Genius Beauty, WHO meramalkan bahawa pada tahun 2020, kemurungan akan menjadi penyakit nombor 1 yang akan menyerang warga dunia, mengalahkan penyakit lain. Sebagai gambaran, pada saat ini penyakit yang paling ditakuti adalah pelbagai penyakit berjangkit dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular (sistem pembuluh darah dan jantung).

Mengapa boleh berlaku pergeseran yang sangat jauh hanya dalam masa beberapa tahun ke depan? Para penyelidik di Amerika Syarikat percaya bahawa hal ini berkaitan dengan kurangnya pengambilan air dalam diet manusia moden. Para penyelidik dari Tufts University telah berjaya mencari hubungan antara kurangnya pengambilan air dan tingkat stres, depresi dan kemarahan pada manusia.

Dalam kajian tersebut, ada dua kumpulan yang berperilaku berbeza. Para kumpulan pertama, mereka menerima air dan boleh minum sesuai dengan mereka perlukan setiap masa. Sedangkan pada kelompok kedua, air yang mereka perolehi terhad. Akibat dari hal tersebut, kumpulan kedua mengalami mood kemurungan, kelelahan dan tanda-tanda kemarahan, termasuk kebingungan. Selain itu, para penyelidik mencatatkan penurunan kemampuan berfikir pada kelompok kedua.

Para penyelidik mengatakan bahawa jumlah air yang diambil setiap orang sebenarnya berbeza, bergantung fungsi normal tubuh, kekerapan aktiviti seseorang, berat badan dan cuaca. Tetapi umumnya, seseorang memerlukan 8 hingga 9 gelas air putih setiap hari. Hal ini penting bagi anda untuk tetap memenuhi jumlah tersebut sekalipun dalam keadaan berpuasa. Pastikan anda minum air putih yang cukup ketika bersahur dan berbuka puasa, maka anda akan terbebas dari masalah kekeringan dan bebas dari tekanan dan kemarahan.

1 comments:

armouris on August 14, 2011 at 5:05 PM said...

lagi info tentang kurang air di SIHAT SELALU - Kurang Air Rosakkan Organ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template