Monday, August 22, 2011

Klik 'like' haram dan rakyat Jerman juga dilarang membuka akaun Facebook

'Like' di Facebook, Haram di Jerman

Warga Jerman tidak boleh meng-klik butang "like" di Facebook. Kenapa?

Kerajaan negeri Schleswig-Holstein di Jerman mengarahkan semua agensi kerajaan dan rakyatnya untuk tidak meng-klik butang "Like" di Facebook, dan perlu menutup laman fan Facebook, kerana melanggar undang-undang privasi data di Jerman dan Eropah.

Kenyataan rasmi dari lembaga Independent Centre for Privacy Protection, Jerman, mengatakan, maklumat "like" yang diperolehi dari pengguna Facebook di Jerman, akan dikumpulkan oleh Facebook, dan proses itu sebenarnya bertentangan dengan undang-undang privasi di Jerman.

Tidak hanya itu, bahkan rakyat Jerman juga dilarang membuka akaun Facebook. Seperti ditulis di laporannya, "Barang siapa membuka facebook.com, akan dikesan syarikat tersebut selama dua tahun."

Seperti dikutip dari Cnet, Patrick Noyes, jurucakap Facebook berkata, "Kami menolak dituduh sebagai tidak selaras dengan undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah. Butang 'Like' adalah ciri popular ... yang telah menguntungkan kalangan perniagaan dan individu. "

Tapi pihaknya mengaku tetap akan me-review bahan dari Independent Centre for Privacy Protection.

KLIK IKLAN TABUNG BULUH BLOG INI Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template