Sunday, August 14, 2011

Keputusan berat ibu-ibu di Somalia, perlu pilih anak mereka yang mana akan mati dan tinggalkannya

Derita Somalia, Ibu Harus Pilih Anak Mana yang Akan Mati

HHRS 2.0 - Perjalanan para pelarian Somalia menuju negara jiran untuk mencari makan kadang kala menghabiskan masa berhari-hari. Dalam perjalanan, seorang ibu mugkin terpaksa meninggalkan anak mereka yang tidak berdaya, demi menyelamatkan nyawa anak yang lain.

Kenyataan pahit ini diceritakan oleh Wardo Mohamud Yusuf, seorang ibu berusia 29 tahun. Wardo telah berjalan selama dua minggu di tengah terik menuju sempadan Kenya. Di tempat ini, dia berharap mendapatkan makanan dan minuman di khemah pelarian yang disediakan negara jiran.

Wardo menggendong anak perempuannya yang berusia satu tahun di belakangnya, sementara anak lelakinya yang berusia empat tahun berjalan bersamanya. Dua minggu berjalan dengan makanan dan minuman yang sedikit, budak lelaki malang tersebut sakit.

Wardo langsung memberikan sedikit minuman yang dia bawa di kepalanya kepada anak lelakinya. Namun, kerana tidak sedarkan diri, budak itu tidak dapat meneguk air untuk menghilangkan dahaga. Wardo berteriak minta tolong, keluarga dan kerabatnya tidak ada yang berhenti. Mereka tetap berjalan, membimbangkan diri mereka sendiri.

Akhirnya, Wardo perlu memilih. Sebuah pilihan yang ibu mana-mana pasti sukar melakukannya.

"Akhirnya, saya putuskan untuk meninggalkan dia, menitipkannya kepada Tuhan, di tengah-tengah jalan," ujar Wardo ketika diwawancara di kem pelarian di Dadaab, Kenya, dilansir dari laman Daily Mail, Jumat, 12 Ogos 2011.

Pengalaman serupa pernah dialami oleh Faduma Sakow Abdullahi, janda 29 tahun. Dia mengaku berjalan berhari-hari dari kampung menuju Dadaad bersama lima orang anaknya yang berusia 5, 4, 3, 2 dan seorang bayi yang baru dia lahirkan.

Tinggal sehari lagi sampai di kem pelarian, putra dan putrinya yang berusia 5 dan 4 tahun tidak bangun selepas berehat sejenak di bawah pohon. Air yang dia bawa tinggal sedikit, Faduma mengaku tidak mahu mensia-siakan air yang boleh diberikan kepada anak-anaknya yang lain itu.

Dia harus memilih, memberikan air kepada anak-anaknya yang tenat dan membiarkan bayinya kehausan, atau meninggalkan kedua-dua anaknya di jalan dan memberikan air kepada anaknya yang lain. Akhirnya dia memilih untuk meninggalkan mereka berdua. Sebelum itu, Faduma memastikan kedua-dua anaknya telah mati terlebih dahulu.

Baik Faduma mahupun Wardo sedar betul apa yang mereka lakukan. Mereka mengaku mereka selalu dihantui rasa bersalah yang teramat besar. Wardo mengatakan dia selalu terbayang anaknya ketika melihat kanak-kanak sebayanya bermain. Dr. John Kivelenge, ahli masalah kejiwaan di Dadaad mengatakan keputusan mereka adalah keputusan yang normal.

"Itu adalah reaksi normal di tengah-tengah situasi yang abnormal. Mereka tidak mungkin duduk dan menunggu lalu mati bersama-sama," kata Kivelenge.

"Namun setelah beberapa bulan, mereka akan mengalami post-traumatic stress disorder. Mereka akan mendapatkan mimpi buruk dan mengimbas balik peristiwa tersebut," lanjut Kivelenge lagi.

Menurut laporan kerajaan Amerika Syarikat, kelaparan di Somalia telah menewaskan 29.000 anak-anak di bawah umur lima tahun dalam tiga bulan terakhir. Kelaparan antara lain, disebabkan kemarau panjang, kenaikkan harga makanan, dan konflik berpanjangan.
Diterjemah dari fiqhislam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template