Thursday, August 11, 2011

Kebangkitan Taliban


HHRS 2.0 - Pentagon pada Isnin (8 / 8) berusaha menghilangkan kebimbangan-kebimbangan akan kebangkitan Taliban selepas pejuang Afghanistan menembak jatuh helikopter pada hujung minggu sebelumnya. Serangan tersebut membunuh 30 tentera Amerika Syarikat. Sebahagian dari mereka adalah tentera khas Tentera Laut SEAL.

Kejadian pada Sabtu itu peristiwa yang paling ngeri bagi pasukan Amerika Syarikat di Afghanistan sejak perang tersebut bermula hampir sedekad lalu. Peristiwa tersebut mengikuti siri pembunuhan kelas tinggi dan serangan gerila dalam masa beberapa bulan kebelakangan.

Pejabat tentera Amerika Syarikat berkali-kali mengecilkan kejadian itu saat Taliban berusaha menunjukkan kekuatannya selepas siri kekalahan.

"Kejadian itu tidak mewakili gejala atau kecenderungan apa pun," kata jurucakap Pentagon, Kolonel Dave Lapan. "Kami masih memburu Taliban. Kami telah menjerumuskan keadaan mereka, tapi mereka masih menimbulkan korban. Itu yang mereka lakukan.''

Mangsa terbunuh adalah dari skuad Enam SEAL yang mendapat pujian setelah berjaya melaksanakan serangan rahsia untuk membunuh Osama bin Laden pada Mei lalu. Pejabat Amerika Syarikat menyatakan tidak ada seorang pun tentera tewas semasa dalam serangan terhadap Osamah bin Laden.

Pasukan Bantuan Keselamatan Wang (ISAF) pimpinan NATO di Afghanistan menyatakan helikopter Chinook CH-47 itu dilihat dihentam bom tangan roket.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template