Thursday, August 4, 2011

Jom rakyat!!! kita buat duit


Peluang menangi RM 6,000 pertandingan esei Bersih 2.0


KD - Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) dengan kerjasama kumpulam pemikir muda Diskopi menganjurkan pertandingan menulis esei dan cereka Bersih 2.0 dengan menawarkan hadiah berjumlah sehingga RM 6,000.
Pertandingan dengan tema ‘Merakam Semangat Zaman’ ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun.
Ia terbahagi kepada 4 kategori iaitu penulisan esei Bahasa Malaysia, penulisan cereka Bahasa Malaysia, penulisan esei Bahasa Inggeriss dan penulisan cereka Bahasa Inggeris.
Cereka yang dihasilkan adalah penulisan asli dalam bentuk kreatif yang boleh bersumberkan pengalaman sebenar penulis, imagnasi atau kombinasi kedua-duanya.
Manakala esei dalam konteks pertandingan ini adalah sebarang bentuk penulisan yang berbentuk wacana, pandangan, analisis, komentar sosial, kritik, perbahasan dan nukilan pemikiran.
Karya yang dihasilkan tidak dibenarkan melebihi 2000 patah perkataan dan perlu dihantar dalam format Microsoft Word ke emelpertandinganwriting@yahoo.com
Tarikh akhir karya diterima adalah pada 30 September 2011.
Penulisan yang terpilih berpeluang untuk diterbitkan oleh penerbit dan pengedar buku-buku ilmiah dan intelektual, Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).
Penganjur memaklumkan pertandingan ini dibuat atas keprihatinan, kesedaran dan tanggungjawab untuk mengumpul dan merakamkan ‘zeitgeist’ atau semangat zaman yang diluahkan melalui penulisan pengalaman himpunan Bersih 2.0.
“Bersih 2.0 adalah peristiwa besar dalam perjalanan sejarah sosial masyarakat Malaysia. Ia tidak dinyatakan hanya melalui penyertaan di atas jalan raya semata-mata, tetapi dirakamkan dalam ruang debat, wacana, penulisan, foto, filem, cerpen, puisi, teater, lagu dan sembang-sembang di kedai kopi.
“Pemikiran dan idea yang dihasilkan adalah menifestasi dari fenomena sosial dan ‘zeitgeist’ adalah tanda semangat zaman oleh bangsa kita,” kata penganjur bersama, kumpulan Diskopi.
Sebarang maklumat lanjut berhubung butiran lengkap, garis panduan dan peraturan boleh diperolehi dengan melayari laman webhttp://diskopi.wordpress.com/ dan http://gbgerakbudaya.com/about-sird/

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template