Saturday, August 27, 2011

Israel Gali Terowong Ke arah Masjid Al-Aqsa sepanjang 1.6 KM




Image

Diterjemahkan dari konspirasi


Rejim zionis Israel kembali melakukan penggalian untuk membuat terowong-terowong baru di bawah kota lama Jerusalem. Al-Aqsa Foundation melaporkan, salah satu daripada terowong tersebut digali ke dari selatan melintasi bahagian bawah sebuah sekolah ke arah utara dinding masjid Al-Aqsa. 

Terowong-terowong lain membentang dari arah barat daya ke wilayah Bab a-Sahera yang oleh komuniti Yahudi dikenali dengan nama pintu gerbang Herod, yang terletak di dinding utara Kota Tua Yerusalem. Data-data yang dikumpulkan Al-Aqsa Foundation menunjukkan bahawa Pihak Berkuasa Israel merancang untuk menyambung terowong-terowong itu dengan terowong yang sudah dibina di daerah Silwan, yang membentang dari sisi selatan Masjid Aqsa, betul-betul di bawah Masjid Aqsa dan sekitarnya.

Jika semua terowong itu selesai, makan panjangnya mencapai 1.6 kilometer. Organisasi Al-Aqsa Foundation mencari galian-galian terowong tersebut, ketika melakukan lawatan lapangan. Mereka melihat beberapa pekerja pembinaan sedang melakukan penggalian. Terowong-terowong tersebut digali ke arah Masjid Al-Aqsa, dan melintasi bahagian bawah rumah-rumah penduduk di Al-Quds.

Al-Aqsa Foundation dalam kenyataan berkata, pembangunan dan penggalian terowong yang dilakukan rejim zionis adalah usaha untuk menguasai Migharat Al-Kitan sebagai milik orang Yahudi dan mengubahnya menjadi lokasi pelancongan yang namanya diambil dari kitab Taurat. Untuk melengkapi penguasaannya itu, rejim zionis Israel baru-baru ini juga menghancurkan bangunan-bangunan milik muslim di sekitarnya.


Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template