Monday, August 1, 2011

IQ pengguna internet explorer lebih rendah? anda sekarang ini guna browser apa?

IQ Pengguna Internet Explorer Lebih Rendah?

HHRS 2.0 - Berdasarkan penyelidikan sebuah perunding psikometri Kanada, AptiQuant, pengguna browser Internet Explorer (IE) ternyata memiliki tingkat kecerdasan (IQ) yang lebih rendah. 

AptiQuant menawarkan ujian IQ online kepada 100 ribu pengguna internet dan kemudian membandingkan rata-rata skor IQ mereka menurut pelayar yang digunakan.

Hasil ujian itu menunjukkan bahawa pengguna IE, baik itu versi 6, 7, 8 atau 9 mempunyai skor IQ lebih rendah daripada rata-rata pengguna browser lain. Menariknya, pengguna IE versi 9 ternyata mempunyai skor IQ lebih rendah berbanding pengguna IE versi 8, demikian seperti dilaporkan dalam TG Daily, Sabtu (30/7/2011).

Pengguna Google Chrome, Firefox dan Safari didakwa mempunyai skor IQ lebih tinggi. Sementara pengguna Camino, Opera dan IE dengan Chrome Frame bahkan mempunyai IQ yang jauh lebih tinggi.

Hasil kajian ini boleh jadi berkaitan dengan kemampuan IE yang kurang memenuhi standard web semasa kini sehingga kerap menghadapi masalah apabila membuka laman web yang sebenarnya berfungsi dengan baik di browser lain. Akibatnya, hanya pengguna dengan kompetensi teknik lebih rendah, dan juga mempunyai tingkat kecerdasan yang lebih rendah, yang masih mahu bersabar menggunakan IE.

Walaupun masih mendominasi pasaran, IE secara perlahan mulai kehilangan market share nya dari browser open source seperti Firefox dan Chrome.

"Laporan terkini tentang tingkat kecerdasan pengguna IE agaknya akan mencetuskan kehebohan," jelas pihak AptiQuant.

"Mengacu pada hasil kajian ini, syarikat IT di seluruh dunia boleh jadi akan mula mempertimbangkan kembali masa dan pelaburan yang mereka habiskan untul menyokong pelayar lama," pungkasnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template