Saturday, August 6, 2011

Inilah Satu Rahsia Besar Di Sebalik Puasa, Subhanallah...BACA LAH ARTIKEL INI!


HHRS 2.0 - Dalam keadaan normal tubuh kita mendapatkan tenaga dan nutrisi dari luar tubuh melalui makanan, minuman dan radiasi. Ketika kita puasa disiang hari, dimana tidak ada asupan makan, aktiviti dan gerak kita akan membakar energi hingga habis.

Pertama tenaga akan diperolehi dari glucosa hasil makan (sahur), setelah habis, tenaga diperolehi dari glicogen dalam darah. Bila kandungan glicogen berkurang, otak menyatakan lapar lalu menyuruh kita makan. Bila kita sedang berpuasa otak akan automatik menghidupkan PROGRAM autolisis.

Semua makhluk hidup di bumi dibekalkan dengan sistem (fithrah) autolisis yang khas:

- Pohon berpuasa dengan menggugurkan daun
- Rumput dan biji berpuasa dengan berhenti tumbuh (dorman)
- Beruang berpuasa selama musim sejuk
- Buaya berpuasa (aestivasi) selama musim panas
- Ikan paus dan burung berpuasa ketika berhijrah
- Ikan salmon, pinguin, berpuasa ketika musim kawin
- Kuda, kucing, berpuasa ketika diserang penyakit sehingga sembuh

Ketika autolisis diaktifkan, maka ia akan beraksi. Autolisis akan mencari database rancangan dasar (fitrah) manusia. Secara keseluruhan ada sekitar 50 trilion sel penyusun tubuh yang terdiri daripada 200 jenis sel. Berbekal data detail setiap sel autolisis menjelajah seluruh tubuh.

Autolisis memahami bagaimana seharusnya keadaan sihat dari setiap jenis sel, dibagian tubuh mana seharusnya sel itu berada, dan berapa banyak jumlah dari setiap jenis sel yang ideal bagi tubuh.

Ia akan menghampiri sel-sel liar yang tidak terdapat dalam senarai fitrah, menukar asid amino dan gula. Bila sel-sel liar habis, ia akan mendatangi timbunan lemak dalam tubuh dan membakar (oksidasi lemak) menjadi keton.

Dengan demikian autolisis akan menghilangkan sel-sel rosak, sel sel mati, BENJOLAN hingga TUMOR serta timbunan lemak yang sering menjadi sarang zat beracun (baca: penyakit).

Sel-sel liar dan lemak yang telah dihancurkan akan dibawa ke Hati. Saat kita puasa, hati tidak disibukkan oleh hasil serapan dari usus. Oleh kerana itu hati akan bekerja penuh menapis RACUN-RACUN hasil autolisis. Selanjutnya RACUN akan dibuang keluar tubuh. Disinilah proses DETOKSIFIKASI (pengeluaran racun / penyakit) berlaku.

Ketika berpuasa darah juga akan dipenuhi tenaga dan nutrisi yang sihat dan berkualiti tinggi, sehingga penggantian sel mati, perbaikan sel rosak, dan pembentukan sel baru, terjadi dengan kualiti prima .. Tubuh kita akan mempunyai sel-sel baru dengan kualiti fitrah, sihat dan berfungsi baik kembali.

Ketika kita berpuasa, tenaga yang dihemat dari sistem pencernaan, akan digunakan untuk aktiviti sistem kekebalan tubuh dan proses berfikir oleh otak. Oleh kerana itu dengan puasa penyakit lebih mudah disembuhkan dan kita lebih mudah menerima pelajaran mahupun saat berfikir.

Namun di sebalik semua itu, rahsia kemampuan autolisis terletak pada NIAT. Autolisis hanya akan aktif bila kadar glicogen darah berkurang dan otak menyimpulkan kita lapar dan harus makan tetapi kita berniat tidak makan alias BERPUASA. Autolisis tidak akan berlaku ketika tidak niat berpuasa. Inilah salah satu RAHASIA besar berpuasa ...

Secara sederhana autolisis adalah sistem automotif dalam tubuh yang memformat semula keadaan tubuh kepada keadaan ideal.

Jika kita perhatikan huraian di atas, maka amat mengena sekali sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mewajibkan puasa Romadhan dan aku telah mensunnahkan menegakkan solatnya (terawih), maka sesiapa berpuasa dan menegakkannya mengharapkan keredhaan Allah SWT maka keluar dari dosa-dosanya seperti hari ibunya melahirkannya. (HR. Imam Ahmad, Nasai, Ibnu Majh).

Mengapa Puasa Dibatasi Subuh sampai Maghrib?

Pengeluaran Enzim pengoksidaan asid lemak dalam tubuh terhad dan akan habis bila kita berpuasa 16 jam. Bila kita memaksakan diri berpuasa maka kadar asam lemak dalam darah meningkat sehingga menyebabkan otak kita membengkak, pusing bahkan boleh menyebabkan koma. Oleh kerana itu makan sahurlah mendekati Imsyak dan segeralah berbuka waktu masuk waktu maghrib. Jadi kurang lebih kita berpuasa 13 - 14 jam. Subhanallah, 1400 tahun lalu Rasulullah pernah mengajarkannya pada kita.

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur." (HR. Ahmad)

Sungguh ..... Allah tidak perlu apa-apa dari makhluk, tetapi Allah memberi petunjuk pada Makhluk agar kehidupan makhluk penuh dengan NIKMAT.

Diterjemah dari situslakalaka

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template