Thursday, August 25, 2011

Ini namanya surau 'projek'


SURAU 'PROJEK' TERBIAR TIDAK DIMAKMURKAN

Buletinonline - Sebuah 'surau' tidak dimakmurkan dan terbiar sejak sekian lama di Kampung Selamat dekat sini kerana didakwa ia dibina semata-mata untuk 'projek' dan habuan.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Aminuddin Umat, sebelum surau itu dibina di kampung terbabit, sudah ada dua buah surau yang digunakan oleh orang kampung..

Namun begitu, kata Aminuddin, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta pihak wakil rakyat Umno/BN, pada ketika itu tetap mahu mendirikan sebuah surau lagi.


"Sudah ada dua buah surau yang dibina oleh orang kampung dimakmurkan, tapi pihak JKKK dan YB (Umno/BN) masa tu, nak buat surau juga,

"akhirnya, sehingga kini, ia terbiar begitu sahaja,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, pada masa PAS memerintah (tahun 1999 - 2004) surau yang dikuasai oleh JKKK itu pernah dimakmurkan, apabila Menteri Besar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan supaya 'dihidupkan' semu surau dan masjid.


Sebaliknya, kata Amin (Gambar kiri), apabila Umno merampas kembali pemerintahan negeri pda tahun 2004, surau tersebut kembali 'sunyi'.

"Itulah sikap Umno/BN, kerana mahu dapat habuan dan keuntungan, dibina satu lagi surau, tanpa mengambil kira samada ada jamaah yang akan memakmurkannya atau pun tidak,

"akhirnya, sehingga kini, ia terbiar begitu sahaja,"

Beliau berkata, tindakan kerajaan Umno/BN tersebut adalah satu pembaziran kepada wang rakyat dan juga merosakkan syiar ugama Islam.


Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template