Tuesday, August 2, 2011

Hujan mateor sambut Ramadan 13 Ogos ini, Subhanallah...



HHRS 2.0 - Dua hujan meteor akan memuncak pada Sabtu, 13 Ogos, yakni hujan meteor Perseids dan Delta Aquarids. Kedua-dua hujan meteor tersebut akan dilengkapi dengan bulan purnama, kemungkinan mengganggu pandangan ke hujan meteor.

Puncak hujan meteor Delta Aguarids akan terjadi ketika puncak hujan meteor Perseids bermula. Kedua-duanya akan menghasilkan 15 hingga 30 bintang jatuh satu jam. "Walaupun ada bulan terang yang menjadi tetamu, orang tetap boleh melihat hujan Delta Aquarids," kata Raminder Singh Samra, astronomi dari HR MacMillan Space Centre di Vancouver, Kanada.

(Lihat: Galeri Gambar Perseids 2010)

Perseids akan bermula dengan sekitar lima meteor per jam. Ia dapat dilihat dua minggu sebelum pertengahan bulan ogos. Ketika hujan meteor rata-rata ada 60 hingga 120 meteor. Pengamatan boleh dilakukan mulai pukul 2 pagi hingga subuh. Perseus berada di arah timur laut dengan ketinggian 30 darjah. Sementara itu, aktiviti Delta Aquarids akan terjadi akhir Julai dan awal Ogos.

Boleh  dilihat di seluruh dunia

Hampir seluruh orang di dunia boleh melihat hujan meteor ini. Hujan dapat dilihat dengan jelas di kawasan yang gelap, jauh dari gemerlap kota. "Kerana bintang jauh akan berlaku di seluruh angkasa yang kelihatan, berbaringlah dan biarkan mata menyesuaikan diri dengan kegelapan," Samra memberi cadangan.

Hujan meteor Delta Aquarids dan Perseids terjadi kerana atmosfera Bumi menghampiri awan yang terbentuk dari butiran-butiran zarah yang dilepaskan komet. Setiap zarah masuk ke atmosfera dengan kelajuan 150.000 kilometer per jam sehingga terbakar dan menghasilkan cahaya. 
(Sumber: National Geographic News)

Diterjemah dari muslimdaily.net

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template