Saturday, August 20, 2011

Gadis ini boleh maut jika rambutnya disikat


Menyisir rambut adalah sebahagian daripada rutin setiap orang, terutama gadis remaja. Tapi bagi Megan Stewart, menyikat rambut ibarat bermain dengan kematian yang boleh membuat nyawanya melayang. Keadaan sangat jarang ini membuatnya tidak boleh menyentuh elektrik statik.

Megan Stewart, gadis remaja berusia 13 tahun menderita sindrom yang disebut Hair Brushing Syndrome (sindrom menyikat rambut). Menyentuh benda yang mempunyai aliran elektrik statik seperti sikat dan belon boleh membuat nyawanya melayang.

Ibunnya pertama kali terperasan dengan masalah anaknya itu ketika menyikat rambut Megan saat masih berusia 6 tahun, ketika bersiap untuk hari pertama masuk persekolahan.

"Saya sedang menyisir rambutnya di ruang tamu. Ketika itu dia tiba-tiba jatuh dan bibirnya membiru. Padahal dia dalam keadaan sihat dan tidak pernah mengalami hal itu sebelumnya. Itu benar-benar menakutkan, kami tidak tahu apa yang terjadi," ujar ibunda Megan, Sharon Stewart , seperti dilaporkan Dailymail, Khamis (18/8/2011).

Doktor di Yorkhill Hospital for Sick Children, Glasgow, menceritakan kepada orang tua Megan bahawa mereka hanya pernah mendengar satu kes sindrom yang sama, yang memaksa mereka untuk mengelakkan segala bentuk elektrik statik kerana boleh mencetuskan reaksi maut.

Sharon (40 tahun) mengaku tidak pernah mendengar tentang Hair Brushing Syndrome sebelumnya. Doktor pun mengatakan kepadanya hanya pernah mendengar satu kes serupa. Doktor masih bingung apa yang menyebabkan keadaan seperti Megan. Dia lahir hanya dengan berat 1,05 kg dan hanya sebesar telapak tangan lelaki.

Ketika lahir, Megan mengalami diaphragmatic hernia atau lubang di diafragmanya. Keadaan ini bererti membuat perutnya bergerak sampai atau melalui dadanya, sehingga hanya membenarkan ruang untuk 1 paru-paru.

Pada waktu hamil 6 bulan, ibunya pernah didiagnosis dengan keadaan yang berpotensi bahaya kepadanya iaitu pre-eklampsia. Ibunya dipaksa menjalani pembedahan caesar kecemasan untuk menyelamatkan anaknya.

"Saya benar-benar tidak tahu apa itu tapi saya tahu saya boleh mati kerana (keadaan) itu, jadi saya benar-benar ketakutan. Saya mendapatkan banyak ubat dan sejak saat itu saya tidak boleh ingat apa-apa, rupanya saya hampir mati, "jelas Sharon.

Namun kepakaran para doktor di Bellshill Maternity Hospital, Lanarkshire, Sharon Stewart berjaya menjalani pemulihan penuh. Tapi Megan pula harus menghabiskan 18 bulan pertamanya di Glasgow 's Yorkhill Hospital.

Kini, dengan sindrom aneh yang dialaminya, gadis remaja berasal dari Wishaw Lanarkshire ini harus mengelakkan segala bentuk elektrik statik dalam kehidupan sehari-harinya, seperti sikat dan belon.

"Ketika kami menyisir rambutnya, kami harus membaringkannya dan menutupi kepalanya dengan air untuk menghentikan terjadi aliran elektrik statik. Dia juga tidak boleh menggosokkan belon ke kepalanya saat pesta," jelas Sharon.

Selain mengalami sindrom aneh, Megan juga menderita asma dan keadaan yang disebut dorsal stream dysfunction (disfungsi aliran punggung), yang membuatnya sukar melihat objek yang bergerak pantas seperti bola.

Keluarganya mengatakan Megan harus menghadapi keadaan lebih mencabar di masa akan datang. Tapi kini dia masih boleh hidup seperti biasa.

"Dia seorang gadis muda yang sangat bahagia. Ketika dia di rumah sakit ada begitu banyak kanak-kanak di sana yang tenat dan sangat sakit sehingga kita bersyukur bahawa dia sihat dan mampu menjalani hidupnya. Dia benar-benar menentang segala rintangan. Dia adalah keajaiban kecil," jelas ibunya.

Diterjemah dari fiqhislam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template