Wednesday, August 24, 2011

EXCO NAFI PELURU KENA RUMAH ORANG


Buletinonline - Kompleks Lapang Sasar Menembak, Gong Kuin 2, Tok Jembal Kuala Terengganu sudah 'tersasar' dari aspek keselamatan dan fungsinya, apabila peluru dari latihan menembak kena dinding rumah penduduk.

Sekurang-kurangnya dua buah rumah di kampung berhampiran yang telah ditembak peluru sesat itu.

Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Belia dn Sukan Negeri, Rozi Mamat menafikan peluru pistol yang kena di dinding rumah penduduk berhampiran Lapang Sasar Kampung Gong Kuin Gong Badak.


ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak menegaskan telah ada tiga laporan polis dibuat berkaitan kejadian peluru tersasar dari lapang sasar tersebut.

"tapi baru ini telah ada 3 report polis, berkaitan latihan menembak lapang sasar yang terkan rumah penduduk, kali pertama padda 2008, yang terakhir pada bulan enam (Jun) baru-baru ini,

"kena rumah orang, kalau kebetulan ada orang, kena, orang pun matilah,"jelasnya ketika mengemukakan soalan tambahan dalam Sidang DUN 22 Ogos.

Rozi yang juga ADUN Telemong, bukan sahaja mahu mengakui keadaan bahaya yang berlaku di Lapang Sasar itu, malah 'menganjing' (memperolok-olokkan) soalan Dr Alias.

Kata Rozi, peluru yang terkena rumah orang tersebut adalah peluru daripada pemburu yang memburu itik belibis.

Mengulas perkara tersebut, Dr Alias berkata, selaku Exco kerajaan, Rozi tidak mendapat maklumat sebenar berkenaan kejadian bahaya yang boleh membunuh nyawa itu.

Katanya, kejadian peluru tersasar hingga ke rumah penduduk berhampiran adalah kejadian ketika pihak polis membuat latihan diluar daripada bangunan lapang sasar tersebut.

"Polis telah membuat latihan diluar bangunan, mungkin peluru telah melepasi halangan pasir dan kena rumah orang,"katanya ketika dihubungi.

Justeru, Dr Alias selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 Terengganu menggesa pihak kerajaan mengambil langkah keselamatan yang serius bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingin berlaku.

Lapang sasar yang digunakan bagi acara menembak Sukan Malaysia 2008 itu juga disebut-sebut juga sebagai 'lapang renang' apabila kompleks berkenaan dibanjiri air setiap musim tengkujuh.

Ia disifatkan banyak pihak sebagai pembangunan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira aspek keselamatan dan alam sekitar.

KLIK IKLAN TABUNG BULUH BLOG INI Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template