Saturday, August 20, 2011

Elak jadi PM terakhir, Najib tidak mahu pilihan raya ‘dibersihkan’


KD - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan Pilihan Raya Umum tidak terikat dengan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC), dikecam Pemuda PAS Pusat.

Pengarah Jabatan Pilihan raya, Mohd Sany Hamzan menyifatkan kenyataan Najib itu hipokrit dan sangat tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanakah PSC yang ditubuh khas untuk menambah baik sistem pilihan raya boleh dikata tiada kaitan dengan pilihan raya?

“Sedangkan pada masa sama, pilihan raya Malaysia sejak dulu hingga kini cukup diragui proses perlaksanaannya,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau yakin, jika demokrasi di Malaysia diadakan dengan adil dan bebas, sudah pasti PRU ke-13 adalah terakhir buat Najib selaku Perdana Menteri dari Umno.

“Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia menolak sebarang cubaan mengadakan pilihan raya awal sebelum PSC selesai bermesyuarat dan mencadang penambahbaikan sistem pilihanraya bersih, telus dan adil,” katanya.

KLIK IKLAN TABUNG BULUH BLOG INI Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template