Thursday, August 4, 2011

DNA Fir'aun diwarisi dalam Tubuh Orang Eropah

DNA Fir'aun Mengendap di Tubuh Orang Eropa

HHRS 2.0 - Orang Eropah ternyata mewarisi DNA Firaun. Kajian yang dilakukan oleh ahli genetik asal Switzerland menunjukkan 70 peratus orang Inggeris dan 50 peratus orang Eropah barat mendapat warisan gen dari Firaun Tutankhamun.


Penemuan tersebut diperol setelah pusat genealogi DNA asal Zurich, iGENEA, merekonstruksi profil DNA Firaun Tutankhamun yang mendapat warisan kekuasaan dari ayahnya, Akhenaten, dan datuknya, Amenhotep III. Perhatian penyelidik lalu tertuju pada kumpulan profil gen bernama haplogroup R1b1a2 yang juga dimiliki 50 peratus manusia Eropah barat. Dengan demikian, manusia Eropah berkongsi nenek moyang yang sama dengan Firaun.



"Penemuan yang menarik kerana DNA Tutankhamun mewarisi sekumpulan orang Eropah," ujar Pengarah iGENEA Roman Scholz.



Untuk beberapa negara di Eropah barat, porsi warisan DNA Firaun ini cukup besar. Orang Sepanyol mempunyai 70 peratus DNA Firaun, sementara orang Perancis mempunyai 60 peratus.



"Firaun dan orang Eropah berasal dari nenek moyang yang menghuni Kaukasus sekitar 9.500 tahun lalu," ujar Scholz.



Haplogroup R1b1a2 sendiri menyebar dari Kaukasus ke arah barat pada tahun 7.000 sebelum Masihi. Penyebaran juga membawa teknologi pertanian ke Eropah.



Tutankhamun adalah Firaun yang mati muda. Ia hidup antara 1334-1323 sebelum Masihi. Makam Tutankhamun sendiri baru ditemui pada Mac 1922 oleh arkeologi Inggeris Howard Carter bersama topeng emas murni seberat hampir 11 kilogram berlapis pelbagai batuan mulia.

Diterjemah dari fiqhislam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template