Wednesday, August 31, 2011

Dengan sabun dia berjaya mengislamkan ratusan orang

307343_10150267803535658_175817530657_8219668_7576764_n.jpg (180×231)

HHRS 2.0 - Subhanallah, hanya dengan sabun sahaja, ratusan orang menjadi mualaf. Bahan bacaan inspirasi untuk pendakwah.

Diterjemah dari globalmuslim

Namanya Ustad Fadzlan Garamathan. Lahir dan besar di Irian Jaya (maaf tidak menggunakan kata Papua kerana ertinya jelek). Julukan da'i sabun telah melekat padanya. Tahukah kenapa? Sebab, dengan sabun dia berjaya mengislamkan 200 suku dan 200000 orang di timur Indonesia. Ya, hanya dengan sabun. Cukup mudah bukan?

Ceritanya begini.Beliaua sebagai orang tempatan Irian melihat masyarakat di sekitarnya khususnya di pedalaman kurang mengambil berak aspek kebersihan. Kesan selalu tanpa busana, bau, kotor, dan kurang berpendidikan menyebabkan masyarakat Irian bukan masyarakat yang beradaban. Disinilah Ust. Fadzlan hadir untuk mengajar mereka menjadi manusia yang beradab. Iaitu dengan mengajarkan mandi, Thaharoh atau bersuci. Lalu apa yang terjadi, para suku-suku pedalaman tersebut menjadi senang. Tubuh mereka jadi harum.

Sebelum itu, penduduk pedalaman Irian biasanya mandi dengan melulurkan minyak babi ke tubuh mereka. Katanya untuk mengelakkan nyamuk dan hawa dingin. Sejak "berkenalan" dengan sabun mandi, masyarakat Irian itu kini tidak lagi menggunakan lemak babi. Setelah itu, dia mengajar cara bersuci: wudhu, tayammum, dan lain-lain.

Nah, dari minat penduduk pedalaman Irian terhadap sabun, mereka mahu masuk Islam. Ternyata Islam itu bersih. Islam itu harum. Islam membuat mereka lebih beradab. Hasilnya, Ustaz tersebut berjaya mengislamkan ratusan orang.

Cara dakwah ini dinilai sebahagian kalangan sebagai cara yang mampu diterima khalayak. Bahkan, kerana dakwah beliau tersebut, Ustaz Fadzlan dianugerahkan penghargaan sebagai salah satu Tokoh Perubahan Republika 2010. Tidak hanya itu, cara dakwah beliau membuat Tuan Haji Ismail pemilik perniagaan MLM asal Malaysia yang bernama HPA turut membantu dengan meyumbangkan sebuah kapal untuk pengangkutan ke kawasan pedalaman.

Disinilah yang boleh menjadi pelajaran bagi aktivis dakwah. Dalam Jalan Dakwah para pejuang, aktivis dakwah bukan selalu berharap pada keadaan, tapi apa yang boleh kita berikan pada sebuah keadaan. Aktivis dakwah bukannya selalu menuntut apa yang kita maui, tetapi apa yang boleh kita berikan. Kita mesti boleh bersimpati. Juga bukannya ingin difahami, tapi bagaimana untuk memahami. Itulah kerja-kerja dakwah para pejuang. Banyak inspirasi yang boleh kita ambil dari kisah ustaz tersebut dalam konteks medan dakwah kita ketika ini.

ingin mengetahui kelanjutan ceritanya? Dan cerita-cerita beliau yang lain tentang dakwahdi Papua, masa awal berdakwah, mengislamkan pendeta, dipenjara berkali-kali, dan mengislamkan beribu-ribu orang suku pedalaman di Wamena, dan cerita2 yang lain.

Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template