Thursday, August 18, 2011

Bunyinya macam sedap, tapi hakikatnya mungkin hampas

Azmin khuatir skop panel khas Parlimen tersebut mungkin terlalu cetek. — Foto fail

HHRS 2.0 - Susah nak percaya kata-kata orang munafik ini. Memang satu perubahan 'luar biasa' apabila ada 'usaha' untuk membaiki sistem pilihanraya yang rosak teruk sejak sekian lama dan telah banyak kali kasi menang untuk mereka. Perhimpunan aman bersih pun mereka belasah rakyat cukup2. Boleh percaya ka?

Pakatan mungkin pulau panel khas Parlimen kaji pilihan raya


TMI - Pakatan Rakyat kemungkinan tidak akan menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk Datuk Seri Najib Razak jika ia tidak memenuhi harapan perikatan pembangkang itu.
Kabinet memutuskan keanggotaan jawatankuasa itu semalam.

Pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu The Malaysian Insider bahawa pentadbiran Najib meneruskan pendekatan mengadakan jawatankuasa itu tanpa berbincang dengan parti-parti lain.

“Sebenarnya, kami tidak tahu apa terma-terma rujukan (jawatankuasa pilihan khas),” kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang khuatir skopnya kemungkinan terlalu cetek dan tidak melibatkan perbincangan yang mendalam.

Ahli Parlimen Gombak ini menambah, perikatan pembangkang akan membuat keputusan sama ada pihaknya wajar mengambil bahagian atau tidak berdasarkan terma rujukan.

Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang juga berkata kenyataan Najib malam tadi hanya membawa lebih banyak keraguan berhubung kewibawaan jawatankuasa tersebut, yang mempunyai lima wakil dari Barisan Nasional (BN).

Jawatankuasa itu pada umumnya mempunyai sembilan anggota iaitu lima dari BN, tiga mewakili pembangkang dan seorang Bebas.

Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa dakwaan mengenai pengundi kalangan warga asing akan dijawab di PSC menunjukkan kerajaan tidak sanggup berhadapan dengan jawatankuasa pilihan khas ini, tetapi akan mengalihkan beban kepadanya kelak,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

Lim merujuk kepada kenyataan Hishammuddin semalam bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara akan bekerjasama untuk meneliti dakwaan PAS mengenai daftar pemilih.

“Tiada perundingan dengan Pakatan Rakyat mengenai apa yang dipanggil jawatankuasa dwipartisan,” kata Lim sambil menyifatkannya lebih bersifat “helah” politik.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template