Thursday, August 11, 2011

Belajar dari London


Hampir semua media di seluruh dunia menyiarkan berita rusuhan yang melanda London. Rusuhan ini tersebar ke kawasan-kawasan lain di negeri yang selama ini kagum kerana berjaya dengan sistem monarki dengan demokrasi mereka.

Britain yang memiliki mata wang dengan nilai termahal di dunia ini pun ternyata boleh dilanda oleh rusuhan. Penyebabnya salah satunya dicetus oleh aksi solidaritas atas tembkan keatas orang awam bernama Mark Duggan. Rusuhan ini juga disertai dengan aksi rompakan. 

Apakah punca utama kekejaman di London ini dicetus oleh solidariti semata-mata? Banyak pemerhati melihat bahawa kejadian ini akibat bom jangka akibat kehidupan semakin susah warga di sana. Kemiskinan, pendidikan, dan pengangguran yang terus merangkak naik semakin menyulitkan kehidupan mereka. Belum lagi adanya jurang menganga antara si kaya dan si miskin. Inilah yang lebih ketara berbanding persoalan perpaduan.

Hebatnya lagi, rusuhan di negera monarki moden ini juga banyak dilakukan oleh anak-anak muda. Rusuhan juga menjalar sangat cepat kerana mereka berinteraksi dengan media jejaring sosial seperti Facebook dan Twitter. Tidak hanya itu, rusuhan semakin menjadi kerana mereka juga berinteraksi dengan menggunakan blackberry massanger. Kesannya? Luar biasa, dalam sekejap saja rusuhan pun meluas.

Fenomena di London ini tentunya boleh menjadi pengajaran yang penting buat negara-negara di dunia ini. Faktor jurang sosial dan pembangunan sama rata tetap menjadi tugas yang harus diselesaikan. 

Banyak perkara menarik yang boleh dipelajari dari kes rusuhan di London ini. Bagi kerajaan, sudah sepatutnya untuk menyelesaikan program pembangunannya yang prorakyat. Kesenjangan sosial, mahalnya pendidikan, tingkat kemiskinan, pengangguran, harus secara serentak dan menyeluruh diselesaikan.

1 comments:

leekonu on August 11, 2011 at 7:16 PM said...

sebab POLIS lembik beri muka sangat PADAN MUKA AMBIK KAU jangan kasik muka BERSIH 3/4/5...............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template