Tuesday, August 9, 2011

Bagaimana Taliban Menghancurkan Helikopter CH-47 Chinook?

Bagaimana Taliban Menghancurkan Helikopter CH-47 Chinook?

HHRS 2.0 - Helikopter CH-47 Chinook, Sabtu malam, terbang di atas wilayah Wardak, yang ingin melakukan misi menyelamat pasukan Rangers yang terkepung oleh pejuang Taliban. Helikopter CH-47 Chinook itu, membawa pasukan elite Angkatan Laut Amerika Syarikat yang sangat terkenal reputasinya, SEAL. Pasukan inilah yang berjaya membunuh pemimpin al-Qaeda Osama bin Ladin, di Abodtabat, Pakistan, 2 Mei lalu.

Helikopter CH-47 Chinook, yang membawa 38 pasukan elite, dan di dalamnya ada pasukan elite SEAL, sekurang-kurangnya 22 ahli SEAL, termasuk Team Elit 6. Pasukan elite SEAL itu mempunyai pelbagai rupa senjata, dengan menggunakan alat teropong infra red, yang dapat menembusi kegelapan malam, anjing pelacak, 7 orang pasukan kerajaan Afghanistan, dan seorang penterjemah. Helikopter itu juga membawa bahan makanan yang cukup, yang akan digunakan selama dalam operasi.

Pilot helikopter melakukan segala sesuatu yang mereka boleh untuk meminimumkan serangan tembakan musuh. Bagaimana mereka melakukan itu? Dengan terbang rendah dan cepat. Ini disebut penerbangan "bumi tidur". Di mana helikopter menjadi sebuah kereta luncur udara, kerana perlu naik, dan memanjat puncak lereng bukit di Afghanistan yang sangat keras, kemudian secara drastik mengubah ke sisi lain. Seseorang yang berada di tanah hampir tidak dapat merasakan pendaratan helikopter, kelajuan seperti berkelip dengan mata, dan menghilang dalam hitungan masa.

Lembah boleh menjadi laluan penerbangan yang baik, kecuali ada pejuang Taliban di bawah. Situasi itu yang selalu membingungkan untuk melakukan penerbangan dengan helikopter yang mempunyai kelajuan 140 knot, dan ketika itu boleh melihat medan di kedua-dua sisi helikopter.

Kecuali untuk satu perkara, helikopter tidak boleh terbang cepat, ketika mereka berlepas atau mendarat. Mereka harus melambatkan sebelum memasuki landasan tanah. Begitu pula apabila meniggalkan landasan mempunyai masalah yang sama, secara terbalik.

Ada beberapa saat ketika helikopter itu, yang pada dasarnya terbang dalam gerakan lambat di awal dan akhir setiap misi. Itu bukan masalah jika terbang atau landing di Bagram, yang menjadi pangkalan tentera AS yang terbesar di utara Kabul.

Tapi, keadaan ini sangat berbeza, dan berbahaya, ketika helikopter CH-47 Chinook, cuba mendaratkan pasukan khas yang akan melakukan operasi ke Lembah Tangi, yang akan membantu unit Ranger yang sudah terkepung di daerah itu. Itulah realiti yang mengerikan pilot CH-47, yang dihadapinya pada hari Sabtu malam yang lalu.

Mereka harus terbangkan helikopter rendah dan lambat untuk menurunkan pasukan elit SEAL, tetapi di bawah, ternyata pejuang Taliban sudah bersiap-siap dengan roket RPG mereka. Kemudian, para pejuang dengan menggunakan RPG menembak helikopter CH-47 Chinook, yang hendak mendarat itu. Helikopter itu meletup terkena tembakan roket RPG yang ditembakkan oleh pejuang Taliban, yang berada di lereng bukit, yang hendak didarati pasukan SEAL itu.

Para pejuang Taliban yang tidak jauh dari jarak helikopter CH-47 Chinook, mendengar suara keras dari helikopter itu, dan mereka bersiap dengan masing-masing mengangkat RPG, dan desingan RPG "wusss" yang diikuti langsung oleh letupan yang sangat dahsyat helikopter yang meletup di udara dan jatuh ke tanah berkeping-keping.

Taliban sangat mahir menggunakan senjata yang sangat sederhana yang merupakan "home made", iaitu RPG, sejak berperang melawan Soviet Union, dan sekarang mereka gunakan dan berjaya menghancurkan helikopter yang sangat canggih milik pasukan tempur Amerika Syarikat CH-47 Chinook, yang mengangkut pasukan elite SEAL . Semuanya terbunuh, tidak ada yang hidup.

Diterjemah dari fiqhislam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template