Monday, August 8, 2011

A.Samad: Sudah tiba waktunya untuk "regime change"

"Sudah tiba waktunya kita adakan regim change.  Kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun.  Dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih dari itu."

Demikianlah kata-kata daripada Sasterawan Negara, A.Samad Said (gambar kiri) kepada anak-anak muda, ketika merasmikan pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, petang tadi.  Beliau menyebut, antara hal yang boleh dilakukan oleh anak-anak muda adalah "merubah" - dan "regim change" itu hanya menjadi "mungkin" di tangan-tangan anak muda.

A. Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad mengakui bahawa dirinya "gemar mendengar daripada mereka yang oppose".  "Saya langsung tak gemar dengar mereka yang sokong.  Sokong tu maksudnya, sokong kerajaan."

Kata-katanya disambut dengan tepukan dan sorakan oleh kira-kira 70 orang hadirin. Pak Samad yang sudah hampir setahun tidak membaca akhbar mainstream, menjelaskan mengapa dirinya memilih media alternatif, "Saya dapat melihat benda-benda yang tidak dapat kita lihat dalam akhbar mainstream."

"Saya mendapati bahawasanya, tanpa media alternatif, akhbar mainstream akan menjadigangster," dakwa Pak Samad, yang mendakwa gambaran yang dipaparkan dalam mediamainstream, hanya "hitam-putih", dengan "Yang memerintah sentiasa betul, yang membangkang, yang tidak memerintah sentiasa salah."

Beliau melihat media alternatif lebih sesuai untuk anak-anak muda, yang akan menjelajah ke ceruk-ceruk untuk memperjelaskan apa yang sedang berlaku kepada rakyat.

Fathi Aris Omar: Media alternatif perlukan sokongan kewangan

Sebelum ini, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengakui bahawa media alternatif berdepan dengan masalah di mana sebarannya lebih terbatas kepada kawasan bandar, sementara penduduk kampung masih bergantung kepada media cetak dan elektronik sebagai sumber maklumat.

Fathi Aris Omar (gambar kiri) juga berkata, media alternatif berdepan dengan masalah kewangan, di mana ramai peniaga yang masih tidak yakin bahawa iklan di ruang internet mampu membawa pulangan.  Lebih-lebih lagi, di Malaysia, sebahagian iklan dikaitkan dengan syarikat GLC (Syarikat Kaitan Kerajaan), yang berkepentingan bersama parti pemerintah.  Justeru itu, media alternatif memerlukan bukan sahaja sokongan dari segi audiens, tetapi juga sumber kewangan daripada pembaca, sama ada dalam bentuk langganan atau lain-lain.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

2 comments:

bpk muliadi on January 10, 2016 at 11:13 PM said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

ibu repa Jambi on January 14, 2016 at 10:55 AM said...

Buat saudara punya permasalahan ekonomi: hub aki adipati karna sy sd membuktikan bantuan
Aki adipati yg berminat tlp di no 081 333 455 366

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template