Wednesday, August 10, 2011

33 lagi askar AS terbunuh selepas 31 terbunuh sabtu lalu

Helikopter Keuda NATO Kembali Jatuh Ditembak Taliban Tewaskan 33 Tentara AS

HHRS 2.0 - Sebuah helikopter kedua milik pasukan gabungan NATO pimpinan AS jatuh di Afghanistan timur sementara helikopter lain telah melakukan pendaratan kecemasan di wilayah Paktia.

Menurut para pegawai, helikopter NATO jatuh di timur bandar Zarmat di wilayah Paktia, Isnin, namun jumlah korban belum diketahui, seorang koresponden Press TV melaporkan.

Namun Taliban melalui Juru cakapnya, Zabihullah Mujahid mendakwa dalam mesej teks yang dihantar ke Reuters bahawa kumpulan Islam Taliban telah menembak jatuh helikopter Chinook lain, di daerah Zurmat dari Paktia, yang mengorbankan 33 tentera Amerika.

Dalam insiden berasingan, satu helikopter NATO dikhabarkan melakukan pendaratan cemas di daerah yang sama di wilayah Paktia timur Ahad malam, saksi dan pegawai Afghanistan mengatakan kepada Press TV.

Pimpinan pasukan NATO telah mengepung tempat kejadian, kata saksi.

Insiden itu dilaporkan telah menyebabkan beberapa korban, tetapi belum ada kenyataan berkenaan jumlah sebenar dari korban yang terbunuh atau cerdera.

Sementara itu, pimpinan perikatan mengeluarkan kenyataan dan menegaskan bahawa helikopter melakukan pendaratan kecemasan. Kenyataan itu mengatakan tidak ada yang terluka dan bahawa mereka telah melancarkan penyiasatan atas insiden tersebut.

Insiden itu berlaku selepas kejadian serupa pada hari Sabtu, yang menelan korban jiwa 31 pasukan khas AS.

Taliban mengaku bertanggungjawab ke atas helikopter Chinook CH-47 Sabtu, namun NATO mengatakan telah memulakan penyiasatanatas insiden tersebut.

Diterjemah dari fiqhislam

1 comments:

otaklunyai on August 10, 2011 at 10:45 AM said...

SUBHANALLAH!!!! TAKBIR!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template