Thursday, July 21, 2011

Video tentera AS memeluk Islam disiarkan LiveLeak


HHRS 2.0 - Seorang tentera AS di Afghanistan dilaporkan telah memeluk Islam pada upacara yang dihadiri oleh sejumlah besar orang, menurut sebuah rakaman video yang dikeluarkan pada hari Selasa (19/7/2011).

Video, yang dikeluarkan di Liveleak.com, menunjukkan bahawa tentera nasional Afghanistan juga mengambil bahagian dalam upacara tersebut.

Pada awal video, seorang lelaki Afghan separuh umur mengumumkan nama baru bagi tentera tersebut, yakni Habibullah, yang bererti "sahabat Allah" dan menyambut tentera AS dengan pelukan hangat atas keputusannya untuk memeluk Islam.

"Orang ini telah menjadi sahabat Allah kerana Allah telah memberi rahmat khusus pada dirinya (untuk menunjukkan kepadanya jalan yang benar Islam)," kata lelaki Afghanistan itu dalam video yang sebetulnya dimuat naik di Youtube sejak Jun 2011.

Lalu dia diberikan serban di kepalanya, yang merupakan tanda penghormatan dalam budaya Pakhtun.
(diterjemah dari globalmuslim)

Jom Ubah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template