Sunday, July 17, 2011

Tsunami politik di Johor dalam p’raya 13


PETALING JAYA: Tsunami politik diramal berlaku di Johor dalam pilihan raya umum  ke 13 nanti membabitkan kerusi parlimen dan dewan negeri, menurut satu NGO yang menghadiri perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Johor Baru baru-baru ini.
Perjumpaan itu dihadiri kira-kira 600 ahli NGO Melayu dan penasihat agama kerajaan Johor, Datuk Noh Gadut anjuran Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor..
Dengan jangkaan 80 peratus pengundi Cina menyokong pembangkang dan perpecahan di kalangan pengundi Melayu, 11 kerusi Parlimen diramal dimenangi calon dari Pakatan Rakyat.
Ini bermakna 11 kerusi Parlimen sahaya yang kekal di tangan BN teramsuk kerusi Pagoh yang dimenangi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Walapun Johor kekal di tangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya dua kerusi,” kata NGO itu.
Belum daftar

Menurutnya,  pendaftaran penguni baru yang dibuat oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP amat menggalakan tetapi kira-kira 73, 000 ahli Umno masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Perkembangan ini katanya, boleh menggugat kuasa politik orang Melayu.
“Kuasa politik Melayu semakin terancam kerana golongan muda yang masuk ke dalam pengundi baru majortinya condong ekpada pembangkang tanpa mengira kaum.
“Tuntutan yang melampau oleh bukan Melayu terhadap kepentingan Melayu yang sudah tertulis dalam perlembagaan dipandang sepi oleh orang melayu.
“Mereka tidak lagi sensitif kerana kedudukan mereka yang  boleh dianggap selesa,” kata NGO itu.



Jom Ubah

2 comments:

Anonymous said...

tumbangkan BN...

Anonymous said...

umno sudah tak buleh diharap untok memertabatkan orang melayu, apa yang umno lakukan sejak merdeka hingga sekarang sehingga orang cina sudah tidak menghormati hak orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan, nampaknya umno hanya tahu garu kote dan poen, malulah wahai orang2 umno hampa hanya pandai bercakap merapu dan menjadi raja pembohongan dimalaysia ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template