Friday, July 22, 2011

"Terus berhubungan, jaga dan gagahkan diri" - Bourdon, peguam yang ditakuti pencacai


Peguam ‘Ops Scorpene’ Perancis dihalau dari Malaysia

Roket Kini - Peguam terkemuka Perancis William Bourdon yang datang ke Malaysia untuk menjelaskan salah laku dalam pembelian kapal selam Scorpene, telah ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang tadi.

Difahamkan Bourdon akan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam ini.

“Semuanya OK. Minta maaf terpaksa meninggalkan kawan-kawan di sini; kami akan pulang ke Paris malam ini. Terus berhubungan, jaga dan gagahkan diri,” kata Bourdon melalui email.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel yang mengiringi Bourdon dan isterinya, berkata empat pegawai berseragam telah masuk ke dalam pesawat yang dinaiki Bourdon sebaik sahaja mendarat di KLIA pada jam 11.40 pagi tadi.

“Mereka kemudian membawanya ke pusat tahanan Imigresen, tetapi mereka memberhentikan saya daripada mengikuti,” katanya.

Peguam terkemuka itu dalam sesi jelajah Ops Scorpene melalui majlis makan malam di Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur anjuran Suaram, bercadang mendedahkan butiran kontroversi pembelian kapal selam negara dengan sebuah syarikat Perancis DCNS.

Dalam masa sama, Suaram berharap dapat mengumpul derma sebanyak RM100,000 melalui majlis-majlis tersebut bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris dan akan dibicarakan melalui mahkamah terbuka September ini.

Semalam ketika di Pulau Pinang, Bourdon berkata kes ini turut akan mendedahkan pertemuan rahsia antara kerajaan Malaysia dan wakil DCNS.

Beliau mendakwa sogokan dan ‘faedah’ dari perjanjian kontroversi bernilai RM7.3 bilion itu juga akan didedahkan apabila isu ini dinaikkan di mahkamah Perancis nanti.

Pada 2010, Suaram telah memfailkan kes perjanjian kapal selam ini dengan bantuan Bourdon, mendakwa DCNS telah membayar RM540 juta kepada Perimekar untuk pembelian dua kapal selam tersebut.

Mengikut undang-undang Perancis, pembayaran seperti itu adalah haram.



Jom Ubah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template