Sunday, July 24, 2011

Suasana letupan di Oslo, Norwegia sama seperti tragedi 11 september


HHRS 2.0 - Letupan di Oslo, ibukota Norway kemarin terjadi di bandar tempat Hadiah Nobel Keamanan diberikan. Ledakan tersebut meninggalkan lubang besar, besi bengkok, kaca yang hancur dan dokumen-dokumen yang berantakan. Sebahagian tingkap di tingkat 20 bangunan tersebut di mana Perdana Menteri Jens Stoltenberg bekerja hancur. Bangunan lain juga rosak, serta pejabat-pejabat kerajaan dan markas beberapa akhbar terkemuka di Norway.

Asap debu selepas letupan mengingatkan pada insiden serangan 11 September di New York. Ian Dutton, yang berada di hotel berdekatan mengatakan orang-orang berjalan di bekas runtuhan dengan tertutup asap debu.

Polisi mengatakan letupan di Oslo disebabkan oleh "lebih dari satu bom".

Pengeboman di Oslo terjadi pada pukul 3:26 waktu tempatan (01:26 WIB), dan tembakan di kem terjadi satu hingga dua jam kemudian. Seorang lelaki bersenjata menggunakan dua senjata automatik dan pistol. Serta sekurang-kurangnya satu bom ditemui tidak meletup di kem pemuda.

Disangkakan yang ditangkap hanya mempunyai rekod jenayah ringan, kata seorang pegawai seperti dilaporkan Yahoo News.

Ketua polis kebangsaan Sveinung Sponheim mengatakan tujuh orang tewas akibat letupan di pusat bandar Oslo, empat di antaranya telah dikenalpasti, dan sembilan atau 10 orang cerdera parah.

Sponheim berkata, penembak di kem "mengenakan sweater dengan tanda polis, tetapi saya boleh mengesahkan bahawa dia bukan polis sebenarnya."

Gambar dari udara, disiarkan TV2 Norway menunjukkan ahli pasukan SWAT berpakaian hitam tiba di pulau itu dengan bot dan berjalan di jeti. Dibelakangnya, banyak orang yang mengikuti acara di kem itu kucar-kacir berenang menjauhi pulau tersebut.

Hospital Universiti Oslo berkata 12 orang dirawat akibat tembakan di Utoya, dan 11 orang dibawa ke hospital tersebut merupakan korban dari letupan di Oslo.

Televisyen NRK menunjukkan video di Jakarta, sebuah kereta hitam terguling di tengah puing-puing bangunan bekas letupan. Seorang wartawan AP yang berada di pejabat berita Norway NTB mengatakan, bangunan pejabat bergetar akibat letupan dan semua pekerja dipindahkan.

diterjemahkan dari muslimdaily

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template