Thursday, July 21, 2011

Perkara-perkara yang tidak menguntungkan yang dibuat kerajaan semasa perhimpunan Bersih 2.0

Bersih 2.0: Najib diseru pecat yang bertindak bodoh
Harakahdaily - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diseru memecat semua yang terlibat dalam strategi yang tidak menguntungkan sebelum, semasa dan semasa perhimpunan aman Bersih 2.0 9 Julai  yang lalu jika beliau ingin menyelamatkan konsep 1Malaysianya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang(gambar) meluahkan rasa hairannya bagaimana pentadbiran Najib boleh membuat banyak perkara yang tidak menguntungkan sempena perhimpunan aman Bersih 2.0.

“Adakah Najib boleh mencari punca mengapa beliau dan kerajaan telah bergerak ke arah kesilapan yang besar dalam hal menangani Bersih 2.0 yang hanya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, dengan melakukan perkara yang tidak menguntungkan satu demi satu?” soal beliau.

Antara tindakan yang tidak menguntungkan kerajaan sebelum perhimpunan Bersih 2.0, kata Lim ialah pengumuman bahawa Bersih 2.0 ialah pertubuhan haram, pengharaman baju Bersih termasuk ketakutan kepada barang-barang kuning dan penangkapan, tidak menghormati titah Yang Di-Pertuan Agong untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

Beliau juga mungkir janji terhadap perjanjian bahawa perhimpunan boleh dibuat di stadium apabila menyekat stadium Merdeka dari digunakan untuk perhimpunan itu.

Selain itu, sekatan jalan raya, ugutan Mei 13 of Pemuda Umno dan Perkasa, melarang 91 individu untuk memasuki kawasan Kuala Lumpur Julai 9, tuduhan liar kepada Presiden Bersih 2.0 Ambiga Sreevenasan, penahanan Ahli Parlimen PSM Dr Michael Jeyakumar dan lima ahli PSM lain di bawah Ordinan Darurat dan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memberikan respon kepada 8 tuntutan Bersih 2.0.

Selain itu, Lim turut menyenaraikan perkara-perkara yang tidak menguntungkan yang dibuat kerajaan semasa perhimpunan Bersih 2.0.

Antaranya ialah kelampauan, kekasaran dan penahanan beramai-ramai oleh polis, kematian Baharuddin Ahmad, melanggar motorsikal yang ditunggang oleh Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, menembak gas pemedih mata tanpa amaran ke dalam tunnel KL Sentral tanpa memikirkan keselamatan awam dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan menembak gas pemedih mata dan air asid ke kawasan Hospital Tung Shin.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, Lim berkata kerajaan terus melakukan perkara-perkara yang tidak menguntungkan di mana Najib mempersendakan perhimpunan Bersih 2.0 kepada 6000 pemimpin Umno pada sebelah pagi selepas perhimpunan diadakan.

Selain itu, kenyataan Ketua Polis Negara bahawa hanya 6000 orang sahaja yang menyertai perhimpunan, penafian polis dan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai terhadap serangan terhadap hospital Tung Shin, ugutan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek bahawa Bank Negara boleh membeku aset pemimpin Bersih juga silap.

Meng’hitam’kan perenggan dalam artikel dalam majalah Economist terbaru dan dakwaan berterusan bahawa Bersih 2.0 didalangi elemen asing, sehinggakan Putrajaya terpaksa menjauhkan diri daripada dakwaan Utusan Malaysia bahawa Bersih 2.0 ada hubungan dengan Yahudi to menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional juga dianggap silap.

“Mampukan Najib dan menteri-menteri Barisan Nasional faham bahawa perhimpunan Bersih 2.0 adalah satu pengalaman yang unik dan berharga untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, kelas, umur dan jantina untuk bersama sebagai rakyat Malaysia yang didasari perasaan sayang dan tujuan yang sama untuk satu pilihanraya yang adil dan bersih – yang tidak boleh dicapai oleh beribu-ribu bendera yang diedarkan oleh menteri-menteri semalam di kabinet?” soal Lim.

Lim berkata adalah tidak lambat lagi untuk Najib mengiktiraf kepentingan Bersih 2.0 dalam menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai satu Malaysia yang bersih dan adil demi menyelamatkan konsep 1Malaysia.

“Tapi beliau kena bertindak cepat,” ujar beliau.

Lim mencadangkan supaya Najib menghentikan pengharaman Bersih 2.0 dan menyeru beliau menghentikan ketakutan BN terhadap warna kuning.

Di samping itu, Lim turut menyarankan supaya satu Suruhanjaya DiRaja dibuat untuk mereformasikan sistem pilihanraya negara sebelum pilihanraya ke 13 berlangsung, membebaskan 6 tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat dan juga Suruhanjaya DiRaya untuk menyiasat kelampauan polis di perhimpunan Bersih 2.0.

Jom Ubah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template