Thursday, July 28, 2011

Pengebom Norwegia minat Freemason


Anders Behring Breivik pengganas yang bertanggungjawab melancarkan serangan di pusat bandar Oslo dan pulau Utoya, mengaku bahawa ida adalah pelaku aksi keji itu.

Breivik mengatakan, tindakan terornya itu perlu dilakukan.

"Dia mengaku tindakannya ini keji, namun menurutnya tindakan ini perlu," kata Geir Lippestad, sebagaimana dikutip BBC (24 / 7).

Breivik akan menjelaskan tindakan kejahatannya itu dalam sidang akhbar hari Isnin (25 / 7) besok.

Aksi keganasan di dua tempat berbeza di Norway itu telah dirancang sejak lama oleh Breivik, pemuda dari kelas sosial menengah mengikuti Freemasonry.

Sebagaimana telah disampaikan oleh polis kepada awam sebelum ini, Breivik mempunyai pandangan politik sayap kanan yang sangat anti-Islam. Di dalam akaun Facebooknya yang telah disekat, Breivik menunjukkan minat pada Freemasonry.

Fotonya yang memakai jaket anti air dan menyandang senjata api automatik, muncul dalam video anti-Muslim berdurasi 12 minit yang diberinya judul "Knights Templar 2083". Video itu boleh dilihat di YouTube.

Knights Templar merupakan "kesatria" dari gerakan Freemasonry. Seragam kebesaran mereka antara lain mantel dengan gambar salib besar di bahagian depannya.

Sebagaimana diketahui, gerakan freemason di seluruh dunia, dikenali dengan sikapnya yang sangat anti-Islam.

Sebuah dokumen sepanjang 1.500 halaman yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diduga dibuat oleh Breivik diposkan di internet dengan nama samaran Andrew Berwick juga muncul di internet beberapa jam sebelum serangan mengerikan ini terjadi, memberi petunjuk serangan tersebut sudah dirancang lama sebelum ini.

Dokumen serta video tersebut berkali-kali merujuk kepada peranan para Kesatria Templar serta isu multikulturalisme serta izin imigresen terhadap etnik Muslim.

Norway menghadapi masalah dari kumpulan-kumpulan neo-Nazi di masa lalu namun kebanyakan orang mengira kumpulan seperti ini kini sangat terhad pengikutnya dan tidak lagi merupakan ancaman besar, kata wartawan BBC Richard Galpin yang berada di dekat pulau Utoya yang sampai kini masih ditutup oleh garis polis .

Di Eropah, beberapa tahun kebelakangan kumpulan sayap kanan Kristian fundamentalis yang sangat anti-Islam semakin menampakkan kewujudan mereka. Secara umum mereka dikenali dengan gerakan neo-Nazi.

Di Inggeris, ada nama British National Party. Gerakan dan parti politik yang popular dengan ideologi anti-Islamnya ini dikenali sebagai sebahagian dari gerakan neo-Nazi yang mendengung-dengungkan bahawa Inggeris dan Eropah adalah tanah Kristian yang tidak boleh dikuasai Islam. Mereka menggunakan isu Islam dan Muslim dalam kempen poitik. Mereka mengampayekan sekatan pendatang dari negara-negara Muslim, seperti dari Turki.

Sejawat mereka di Switzerland dan Jerman pada tahun 2010 gencar melakukan aksi menentang pembangunan masjid dan menaranya. Di Perancis dan Belgium, rakan mereka berkempen larangan burqa atau cadar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template