Thursday, July 14, 2011

Penganjur: Relay for Life tiada halangan guna kemeja-T kuning



The Malaysian Insider - Penasihat Kehormat Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Datuk Zuraidah Atan mengetepikan khabar angin bahawa Putrajaya telah melarang pihaknya daripada menggunakan kemeja-T warna kuning ketika program Relay for Life pada Sabtu dan Ahad ini.

“Kerajaan sangat menyokong dan memberi kami permit untuk mengadakan acara itu,” kata beliau pada sidang media hari ini.

“Dan juga, PDRM (Polis Diraja Malaysia) juga sangat-sangat baik dan membantu. Mereka (polis) memberi sokongan yang baik atas usaha kami setiap tahun,” kata Zuraidah.

Ditanya mengenai laporan laman web propembangkang bahawa pihak berkuasa telah meminta pertubuhan bukan kerajaan itu tidak menggunakan kemeja-T kuning pada programnya, Zuraidah berkata, beliau tidak sedar adanya laporan sedemikian dan mengetepkan khabar angin itu.

“Tiada tekanan sedemikian daripada kerajaan,” kata beliau lagi.

“Kuning adalah warna antarabangsa bagi kanser. Ia warna logo (NCSM) dan kami telah lama menggunakan kemeja-T kuning bagi acara Relay for Life,” katanya lagi.

Zuraidah meminta orang ramai menyertai acara itu hujung minggu ini, yang akan berlangsung di stadium Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template