Friday, July 22, 2011

Pejuang kemerdekaan Palestin yang dihukum penjara 500 tahun


Seorang yahudi = 1400 warga Palestine

HHRS 2.0 - Dua orang ahli parlimen 'Israel', Knesset, mendesak kerajaan Benjamin Netanyahu untuk "membayar berapa pun harga" pembebasan Gilad Shalit, seorang tentera Zionis yang ditangkap para Mujahidin pada 2006 lalu.

Zeev Bielski dari parti Kadima dan Eitan Cabel dari parti Buruh menyatakan di sebuah seminar, adalah tanggung jawab kerajaan Zionis itu untuk membebaskan Shalit "berapa pun harganya," demikian dilaporkan PIC dari Al-Quds yang Terjajah kelmarin, Ahad 17 April.

Netanyahu perlu berani mengambil keputusan yang paling sukar sekali pun, iaitu membebaskan para pejuang perlawanan Palestin "yang membunuh orang-orang Israel" demi kebebasan Shalit.

Para Mujahidin Palestin menyatakan bersedia membebaskan Shalit jika penjajah Zionis membebaskan kira-kira 1400 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, perempuan dan beberapa orang sakit, yang sekarang menderita di penjara-penjara Zionis.

'Mahkamah' Zionis tidak pernah ragu menjatuhkan hukuman penjara - ada atau tidak ada alasan - kepada warga Palestin. Misalnya, diketahui bahawa ada pejuang kemerdekaan Palestin yang dihukum penjara 500 tahun! 

Diterjemah dari Hidayatullah.com

Jom Ubah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template