Tuesday, July 26, 2011

Ok, beliau nak membela kes ini, buatlah di Perancis. Bukan sini, ok?" - Zahid Hamidi

William Bourdon bukan terlalu bodoh untuk diperbodohkan dan diperalatkan oleh SUARAM dan bukan tersangat-sangat bodoh untuk diperbodohkan oleh pencacai seperti BN. Kenapa takut sangat ni? berani kerana benar lah

Zahid Hamidi tuduh William Bourdon diperalatkan SUARAM


MR - Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menuduh peguam Perancis, William Bourdon telah diperalatkan dan dimangsakan oleh Kua Kia Soong dan SUARAM, ketika diminta mengulas mengapa peguam tersebut diusir kerajaan Malaysia pada 22 Julai, minggu lalu.

"Tanya beliau, sama ada beliau ada hak untuk membela kes ini di sini?  Ok, beliau nak membela kes ini, buatlah di Perancis.  Bukan sini, ok?"  Zahid Hamidi (gambar kiri) meneruskan, "Beliau telah dipergunakan dan dimangsakan oleh Dr. Kua (Kia Soong) dan SUARAM.  Kamu tulis yang itu."

Zahid berkata sedemikian ketika diajukan soalan oleh wartawan MerdekaReview, yang mahu menteri tersebut mengulas tindakan kerajaan mengusir William Bourdon.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO ini menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan di mahkamah Perancis selaku Menteri Pertahanan, seandainya diberi lampu hijau kabinet.

William Bourdon (gambar kanan), 55, bersama pasukan peguamnya, diupah oleh SUARAM dan NGO yang lain, untuk membawa kes pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan jutaan ringgit kepada pegawai dan pemimpin kerajaan Malaysia di mahkamah di Perancis. Kes ini berlaku ketika Najib Razak, Perdana Menteri sekarang menyandang jawatan Menteri Pertahanan.  Kes ini turut dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, yang menggemparkan seluruh dunia.

William bersama isterinya ditahan ketika mendarat di KLIA pada 22 Julai, bertolak dari Pulau Pinang.  Beliau dijadualkan untuk singgah di Malaysia selama empat hari.  Beliau menghadiri jamuan kutipan derma di Pulau Pinang pada 24 Julai untuk menampung kos perbicaraan peringkat kedua.  Bagaimanapun, beliau bersama isterinya ditahan dan dihantar balik ke Perancis pada 22 Julai 2011.
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

1 comments:

Anonymous said...

kenyataan bangang dan bengang seorang menteri malaysia. kes ini berkait dgn org dinegeri ni, takkan nak cari bukti diperancis je. kapalnya dihantar ke sini, yg beli pn org sini. budak darjah 6 pun boleh paham, tp menteri buat tak paham. pru 13 nanti tak layak jd calon, apatah lg nk menang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template