Sunday, July 31, 2011

Nyawa Rakyat Israel Dalam Genggaman Muslimah



Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hospital Rambam Health Care Campus di Haifa, Israel, mengatakan bahawa mereka baru sahaja melantik seorang perempuan Muslim sebagai ketua salah satu jabatan di hospital tersebut.

Dr. Suheir Assady dilantik sebagai Ketua Jabatan Nephrology (sebuah bidang dalam dunia perubatan yang khusus mempelajari buah pinggang manusia) yang baru dan merupakan perempuan Muslim pertama yang memimpin jabatan perubatan besar di sebuah hospital Israel. Hanya ada segelintir perempuan yang memegang jawatan sama di seluruh kawasan Timur Tengah.

Dr. Assady lahir dan dibesarkan di utara bandar Nazareth. Tahun 1993, setelah ia menyelesaikan studi perubatan dan magangnya di Universiti Hebrew dan Hadassah Medical Center di Jerusalem, Dr. Assady memulakan kerjayanya di hospital  Rambam di Jabatan Perubatan Internal.

Pekerjaannya di rumah sakit itu akan mengarahkannya pada penelitian mendalam di bidang nephrology. Penelitian itu pun memberikannya gelaran Ph.D dalam bidang perubatan dengan subjek kajian ciri-ciri yang diferensiasi jejak dalam stem cell embrio manusia. Sebuah pencapaian yang hanya diraih oleh 10% doktor di Israel.

Setelah menyelesaikan studi kedoktoranya dan berjaya dalam Ph.D, Dr. Assady kembali bertugas sebagai doktor senior pada tahun 2003 dan telah memegang pelbagai jawatan sejak itu, seperti: Kepala Unit Hemodialysis (kaedah rawatan yang bertujuan untuk menghilangkan racun dan kotoran dalam darah), Kepala Unit Dialysis Peritoneal (pakar buah pinggang), dan sebagai perunding nephrology. Saat ini ia sedang menulis sebuah buku yang berkaitan dengan bidang keilmuannya dan berjudul "The Kidneys", diedit oleh BM Brenner.

Dr. Assady melihat perjuangan menggapai prestasi lebih sebagai sebuah proses daripada target. "Mengutip kata-kata dari guru saya, saya melihat pekerjaan saya sebagai misi seumur hidup," ujar Assady. "Pencapaian terbesar saya disebabkan oleh adanya peluang yang saya perolehi untuk pertumbuhan kerjaya saya di bidang nephrology dan berasal dari latihan-latihan yang saya terima dari beberapa doktor terbaik dalam bidang tersebut di Israel yang terkenal akan penelitian-penelitian spektakulernya - Profesor Karl Skorecki, almarhum Profesor jacob Green, dan Profesor Ori Better. "

"Saya berniat untuk meneruskan jalan yang telah mereka bangun, untuk menggabungkan pendekatan perubatan manusia yang meningkatkan kesejahteraan pesakit melalui kemajuan kajian antara jabatan, menyasarkan kejayaan dalam pengajaran dan latihan, meninggalkan kekayaan warisan perubatan pada generasi masa depan.

Diterjemah dari fihislam.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template