Sunday, July 31, 2011

Negara apa ni? edar takwim Ramadan kena tahan

TIGA PEMUDA KUALA NERUS DIARAHKAN KE BALAI POLIS GONG BADAK


KUALA NERUS - Tiga Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dalam Kawasan Parlimen Kuala Nerus diarahkan hadir ke Balai Polis Gong Badak tadi kerana laporan yang dibuat pihak tertentu disyakki pihak Umno.
Fadzil Wahab, Badarul Insan dan Saiful Nizam di arahkan berbuat demikian setelah selesai aktiviti santai petang Sabtu, mengedarkan risalah 'Umno Khianat Ugama Islam' sambil memakai baju berwarna kuning.


[Gambar - Fadzil (kiri) dan Siful Nizam yang ditemui dihadapan pintu masuk Balai Polis Gong Badak]


"Petang tadi, selepas (selesai aktiviti) tengh pakai topi (keledar) mari (datang) polis dua orang dalam sebuah kereta, dia kata dia ada terima laporan ada edar risalah BERSIH 2.0,


"kita tak ada edar rislah BERSIH,"kata Fadzil yang juga Naib Ketua Pemuda Kawasan Kuala Nerus ketika ditemui di Balai Polis pada kira-kira jam 9.30 malam Sabtu, 30 Julai..


Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus, Cikgu Fauzi Abu Samah yang turut hadir melahirkan rasa kesal atas tindakan pihak terbabit.
Beliau mempersoalkan, apakah sebenarnya yang sedang berlaku ke atas sistem demokrasi dalam negara kita kini?

"(Saya) kesal dengan apa yang berlaku, (apa sebenarnya berlaku) dalam negara demokrasi? Kerana pakai baju kuning, walaupun edar takwim Ramadhan kena tahan.


"ketakutan pada warna kuning macam takut kepada kematian..... mungkinkah nanti lampu jalan pun kena tukar,"soalnya sinis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template