Monday, July 4, 2011

Mesti jadi lembu untuk selamat



HHRS 2.0 - Laungan demokrasi, laungan menuntut pilihan raya bersih dan adil akan dihukum dengan undang-undang darurat. Rakyat harus tutup mulut. Diam dan jangan buat apa-apa. Pilihan raya menipu, tunggang terbalik, rakyat harus terima saja.


Polis amal dwistandard, baju merah Patriot ‘terlepas’- AMK

Keadilandaily -: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyifatkan polis mengamalkan dwistandard kerana masih membisu berhubung pemakaian dan pengedaran baju merah Patriot Pemuda Umno sedangkan hampir beratus ditangkap kerana memakai baju kuning Bersih.
Demikian Khairul atau lebih dikenali sebagai Jonah menyifatkan betapa rakusnya polis mahu menggagalkan himpunan Bersih yang jelas mengumumkan akan diadakan secara aman.
“Polis amalkan double standard, itu sebab mereka tidak akan tangkap baju merah, kerana golongan itu mewakili suara pemerintah.
“Apabila setiap hari ada sahaja rakyat yang ditangkap kerana pakai baju Bersih dan kuning tetapi membiarkan baju merah Patriot, mereka sendiri boleh membuat andaian bagaimana pemerintah melaksanakan undang-undang negara,” kata Jonar ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Kata beliau, walaupun Bersih belum dimulakan seperti yang dijadualkan pada 9 Julai ini, namun tangkapan yang dibuat polis setiap hari menunjukkan pihak berkuasa itu melanggar undang-undang.
“Tindak tanduk pihak berkuasa sudah melampau dan bertentangan dengan perlembagaan negara sehinggakan memakai baju kuning juga menjadi buruan.
“Apa pun kita berbalik kepada Perkara 10 Perlembagaan bahawa semua warganegara dibenar mengadakan perhimpunan aman tanpa membawa apa-apa senjata.
“Tiada asas untuk polis tangkap orang sesuka hati, orang ramai berhak membentuk pandangan, bersuara, mengeluarkan kenyataan mereka,” kata beliau.
Sebelum ini dilaporkan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming ditangkap dan digari oleh polis di Pasar Gunung, kawasan Simpang Pulai, Gopeng.
Difahamkan beliau ditahan polis sungguhpun hanya memakai baju kuning biasa dan bukan baju-T  Bersih yang diharamkan kerajaan.

1 comments:

abu idris on July 5, 2011 at 11:48 AM said...

arrayah.info - Minoriti Orang Islam Belanda pun Mahukan Khilafah, Orang Melayu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template