Wednesday, July 13, 2011

"Mereka" tendang rakyat yang bayar gaji mereka



HHRS 2.0 - Polis-polis pukul, tendang dan sepak rakyat yang bayar gaji mereka. Ingat harta mak bapak UMNO BN yang bayar ke. Lori water cannon tu di beli dengan wang rakyat. Jangan bongkak.

Pakatan: Laporan Majlis Peguam bukti polis mahu ‘perangi’ Bersih



The Malaysian Insider - Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa laporan Majlis Peguam menunjukkan pihak polis menyerang peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu seolah-olah mereka itu merupakan pengganas, sehingga mahu menyebabkan kecederaan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar) memberitahu The Malaysian Insider, ia jelas dua minggu sebelum menjelang perhimpunan 9 Julai menuntut pembaharuan pilihan raya yang adil dan bebas, polis telah menahan enam pemimpin dan anggota Parti Sosialis Malaysia, didakwa mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

“Pada Sabtu lalu polis pula melancarkan perang ke atas kami,” kata Ahli Parlimen Machang ini.

Laporan pemerhatian Majlis Peguam yang dikeluarkan semalam menunjukkan polis telah bertindak secara “rambang, sembarangan dan melampau” dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Laporan itu mengatakan polis melepaskan gas pemedih mata dengan tujuan mahu menyebabkan kecederaan.

Pada Sabtu lalu, Majlis Peguam telah meletakkan anggotanya di beberapa lokasi untuk memantau perhimpunan itu.

Ia mendedahkan perhimpunan anjuran Bersih 2.0 berjalan dalam suasana aman sekiranya polis tidak melepaskan gas pemedih mata ke atas peserta.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, pihaknya akan membentangkan hasil laporan itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan yang dijangka akan diadakan minggu ini.

Dalam pada itum Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang juga berkata perhimpunan Bersih telah menyaksikan “polisi rejim dari era penjajah, melindungi rejim pemerintah berbanding publik.”

“Kami dilayan seolah-olah kami ini penjenayah atau pengganas yang mengancam sekuriti negara,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur kepada The Malaysian Insider.

Saifuddin menambah polis telah mengatur strategi yang jelas untuk menghalang pemimpin-pemimpin dengan menggunakan taktik keras dan memutuskan kontak dengan penunjuk perasaan.

“Tumpuan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan dan Bersih telah menyebabkan yang lain (peserta) tanpa kepimpinan (ketika perhimpunan),” kata beliau sambil menambah, situasi kurang elemen perundingan menunjukkan bahawa polis lebih berminat untuk berkonfrontasi dengan ribuan peserta perhimpunan daripada menyuraikan mereka.

Selain mengkasari Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, juga menahan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu, yang turut mendakwa dia dilanggari kenderaan polis ketika membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan meskipun berhadapan dengan halangan dan sekatan di seluruh negara.

Saifuddin menekankan salah satu kumpulan peserta terbesar pada Sabtu lalu diketuai oleh Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli yang dibenarkan bercakap kira-kira setengah, sebelum bersurai dengan aman.

“Kami tidak menafikan ada beberapa pegawai polis yang baik, yang membenarkan ini tetapi tiada kerosakan ke atas harta awam, tiada kereta atau pasu bunga yang rosak. Jadi mengapa perlu melepaskan tembakan (gas pemedih mata),” katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template