Thursday, July 7, 2011

Mengapa Orang Rela Berhutang Demi Membeli Barang Mewah?

Mengapa Orang Rela Berutang Demi Beli Barang Mewah?

Persoalan yang sama. Kenapa UMNO/BN gila kuasa? Hingga kekuasaan itu dianggap harta bagi mereka. -HHRS 2.0

HHRS 2.0 - Mungkin anda termasuk orang yang tidak berfikir habis, mengapa ada orang sampai berhutang kad kredit, hanya untuk membeli beg berjenama dengan harga. Atau, mengambil risiko dengan pinjaman tanpa berfikir dengan bunga tinggi untuk membeli benda-benda mewah yang sebenarnya belum tentu mereka perlukan.

Ini, mungkin penyelidikan terbaru yang dimuatkan pada jurnal Social Psychological and Personality Science ini dapat memberi jawapannya. Membeli barang berjenama dengan harga mahal ternyata dapat membantu mendorong rasa percaya diri. Ketika seseorang tidak mampu mendapatkannya, ia bahkan rela menggesek kad kredit, meskipun akan meninggalkan hutang yang besar.

Dalam kajian tersebut, kelihatan bahawa orang-orang yang pernah jatuh egonya lebih bersedia untuk melakukan apa pun agar dapat melakukan pembelian barang mewah, alias dengan cara mencicil. Menurut Niro Sivanathan dari London Business School dan Nathan Pettit dari Cornell University, keinginan membeli barang mewah dan berjenama ini kerap dilakukan setelah harga diri mereka jatuh (contohnya akibat dihina atau dikatakan bodoh). Dengan melakukan pembelian seperti ini, mereka berharap dapat mengembalikan harga diri.

Selain itu, kedua-dua penyelidik tersebut juga mendapati bahawa sebahagian besar orang lebih cenderung melakukan pembelian dengan kad kredit, kerana membeli secara tunai memberi kesan psikologi yang tidak selesa bagi mereka.

Jadi, sebelum anda tergoda untuk jatuh dalam lubang yang sama, lebih baik pertimbangkan matang-matang kala ingin membeli barang mewah di saat keadaan kewangan tidak membenarkan. Jika masalahnya ada pada ego, masih ada beberapa penyelesaian lain untuk mengembalikannya. (diterjemah dari fiqhislam)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template