Friday, July 8, 2011

Manusia Pertama yang Akan Hidup Sampai 150 Tahun Sudah Lahir

Manusia Pertama yang Akan Hidup Sampai 150 Tahun Sudah Lahir


Anda bayangkan pemimpin-pemimpin korup di negara ini hidup sepanjang usia tersebut.

Anda bayangkan tiada lagi pengundi-pengundi hantu turun mengundi.

SPR tidak lagi dicemuh kaitannya dengan Guinness World Records di mana rakyat menuntut kerajaan Malaysia masuk dalam carta Guinness tersebut dalam kategori negara yang mempunyai manusia yang melebihi usia 100 tahun teramai di dunia!

Saya percaya, pencacai-pencacai BN juga amat bangga dengan rekod ini -HHRS2.0

HHRS 2.0 - Tidak ramai orang yang mampu mencapai umur di atas 100 tahun. Namun dengan perkembangan teknologi perubatan, proses penuaan akan mudah dihambat dan dijangka saat ini sudah ada manusia yang kelak bisa hidup hingga umur 150 tahun.

Ramalan tersebut diungkap oleh seorang pakar bioperubatan dari Strategies for Engineered negligible Senescence (SENS) Foundation, Dr Aubrey De Grey. Menurutnya, salah satu dari manusia yang hidup ketika ini akan dapat mencapai usia 150 tahun berkat kemajuan teknologi perubatan.

Dia bahkan meramalkan, manusia yang boleh hidup hingga 1.000 tahun akan lahir dalam 20 tahun ke depan. Boleh dibayangkan bagaimana padatnya planet ini jika harapan hidup manusia meningkat, sementara kepesatan pertumbuhan penduduk masih sukar dikawal.

Menurut saintis asal California ini, usia harapan hidup manusia mengalami peningkatan sekitar 3 bulan setiap tahun. Jika peningkatan tersebut boleh dipertahankan, populasi manusia yang boleh hidup di atas usia 100 tahun boleh mencapai berjuta-juta orang di seluruh dunia pada tahun 2030.

Saat ini, penduduk berumur lebih dari 1 abad yang paling banyak terdapat di Jepun. Menurut data bancian tahun 2010, negara maju di rantau Asia Timur ini mempunyai sekitar 44 ribu berumur lebih dari 100 tahun dan yang tertua sudah berumur 122 tahun.

Faktor yang menyokong anggaran Dr De Grey salah satunya adalah perkembangan ilmu perubatan yang begitu pesat. Pelbagai penyakit degeneratif akibat proses penuaan makin mudah dikendalikan, sehingga kelak akan semakin sedikit orang yang meninggal kerana sakit.

"Saya harus katakan, kita sudah mempunyai peluang 50 peratus untuk dapat menghalang proses penuaan dalam 25 tahun akan datang melalui kawalan perubatan yang baik," ungkap Dr De Grey seperti dikutip dari Dailymail, Rabu (7/7/2011).

Pelbagai kemajuan di bidang perubatan, khususnya berkaitan dengan proses penuaan undian Dr De Grey cukup mengagumkan. Ketika ini orang sudah boleh memanfaatkan terapi stem cell atau sel punca, stimulasi sistem kekebalan tubuh dan pelbagai teknik lain untuk membuatnya awet muda.

Umur panjang seperti yang dijangka oleh Dr De Grey merupakan kesan sampingan atau lebih tepatnya harapan dari tercapainya peningkatan status kesihatan. Kematian di usia lebih muda tetap mungkin berlaku, tetapi akan lebih banyak disebabkan oleh faktor selain penyakit contohnya kemalangan. (diterjemah dari fiqhislam)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template