Sunday, July 24, 2011

Kisah benar Seorang Pelacur "Muslimah"


Kisah ini terjadi pada sekitar tahun 1980an. Ringkasnya, ada seseorang yang bekerja di sebuah syarikat yang bergerak di sektor pembinaan terhadap wanita-wanita bermasalah di negeri ini. Suatu hari, seperti biasanya dia bertugas melawat tempat-tempat lokalisasi / pelacuran di sebuah bandar di Jawa Timur. Namun lawatan kali ini sangat berbeza dari kebiasanya. Di tengah-tengah kunjungannya itu, dia mendengar ada bacaan surah Al Ikhlas dibacakan pelahan tapi masih boleh didengari dari sebalik sebuah bilik.

Mendengar bacaan itu, dia merasa ingin tahu untuk mencari sumber bacaan itu. Dia pergi ke bilik penghuni itu untuk melihat siapa yang membaca bacaan surah Al Ikhlas berulang-ulang dengan sangat fasih itu. Setelah mengetuk pintu, ia pun dipersilakan masuk oleh penghuni bilik.

Betapa terkejutnya si pegawai itu melihat orang di dalam bilik itu adalah seorang wanita muda yang terbalut dengan jilbab tudung. Ringkasnya, terjawablah sudah soalan si pegawai siapa gerangan yang membaca surat Al Ikhlas berulang-ulang tadi. Si wanita pelacur 'muslimah' bertudung itulah yang membacanya.

Dengan penuh kehairanan dan tanda tanya , si pegawai pun memberanikan diri untuk bertanya kepada si pelacur muslimah, "Kak, kenapa melacur?" Tanya si pegawai.

Mendengar soalan dari si pegawai, si pelacur 'muslimah' tidak marah. Bahkan dia tersenyum tertawa.

Melihat si pelacur tertawa, si pegawai bertanya kembali, "Kamu tidak merasa bersalah dengan perbuatan ini?" Tanya si pegawai, lagi.

"Tidak," jawab si wanita pelacur itu.

Mendengar jawapan mantap yang keluar dari lisan si wanita pelacur, maka si pegawai pun semakin ingin tahu untuk meneliti lebih jauh tentang latar belakang si wanita muda pelacur itu.

Ringkasnya, tersingkaplah sejarah masa lalu si perempuan itu. Diketahuilah, sejak kecil si wanita itu sudah belajar nmengaji (membaca Al-Quran) sejak awal di kampungnya. Dia belajar mengaji di bawah didikan kyai di kampungnya. Setelah lancar dan mahir mengaji, ketika umur 12 tahun, tok kyai di kampungnya itu pun memberikannya ijazah kelulusan kerana berjaya mengkhatamkan Al-Quran.

Di dalam ijazah itu, juga ada sebuah mesej, "Barang siapa membaca Al Ikhlas 1000 kali setiap hari akan masuk surga tanpa hisab."

Mesej itu juga dipesankan secara khusus oleh pak kyai yang memberinya ijazah khatam al-Quran.

Sejak saat itu sehingga ke hari ini, ida terus menerus membaca surah al ikhlas setiap malam sebanyak 1000 kali tidak pernah putus. 

"Bagaimana saya harus merasa bersalah? Bahkan, sudah selayaknya saya dan merasa bersyukur kepada Allah kerana diberikan pekerjaan yang ringan dan dengan hasil yang lumayan, "jawabnya penuh kemantapan tanpa penuh keraguan.

"Dan saya jelas" min ahlil jannah "(penghuni surga_pen) kerana sejak menerima ijazah itu saya tidak pernah tidak membaca qul huwallahu ahad (maksudnya: surat Al Ikhlas_pen) setiap hari," terangnya lagi.

Terungkaplah kenapa dia sama sekali tidak merasa bersalah menjadi seorang pelacur bahkan bersyukur kerana dimudahkan dalam mencari rezeki adalah kerana dia MEYAKINI bahawa dia akan menjadi "ahli jannah" berbekal amalan bacaan surah Al Ikhlas 1000 kali setiap hari. Na'udzubillahi min dzalik.

Hikmah dan ibroh (pelajaran) dari kisah ini adalah bahawa ternyata pengaruh bahaya bid'ah boleh menyesatkan dan mengerikan. Keyakinan si pelacur itu akan kepastiannya masuk syurga atas amalan yang tidak berasas itulah yang seterusnya menjerumus ke dalam kemaksiatan. Na'udzubillahi min dzalik.

* Kisah ini adalah kisah benar yang terjadi di Indonesia yang diperolehi dari ceramah ustaz Abdullah Sungkar dengan sedikit mengubah alur cerita namun tanpa mengurangkan intipati ceritanya.

Diterjemah dari muslimdaily.net

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template