Sunday, July 24, 2011

Kes Teoh: Pakatan mahu isu ini diselesaikan dengan telus, bukan dijadikan isu pilihan raya



Taktik kotor pembangkang gagal

Melayau - Keputusan siasatan kematian Teoh Beng Hock kelmarin dilihat mengecewakan pihak pembangkang yang telah berusaha keras mengharapkan kes itu tidak diselesaikan supaya dapat dijadikan isu pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, isu kematian Beng Hock adalah sumber untuk pembangkang terus membohongi rakyat dengan berharap taktik kotor itu dapat menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

Buktinya, kata beliau walaupun Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah membuat keputusan namun pembangkang masih ingin memanipulasi keputusan tersebut.

"Pembangkang memang tidak mahu isu itu selesai sebab mereka hidup atas isu. Jika tidak ada isu mereka akan terus berasa bimbang kerana tidak boleh menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

"Dulu pembangkang yang menuntut suruhanjaya ditubuhkan, tetapi apabila ditubuhkan mereka tidak mahu duduk dalam suruhanjaya dan sekarang keputusan sudah ada, mereka tidak percaya pula,'' katanya kepada pemberita pada Karnival Mesra Rakyat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 3, Bandar Kinrara dekat sini hari ini.

HHRS 2.0 - jika sistem kehakiman telus, adil dan luhur, sudah lama kes ini di selesaikan, tak perlu tunggu suruhanjaya, bahalol!

Mereka pula hidup atas kesenangan wang rakyat dengan menipu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template