Sunday, July 24, 2011

KEADILAN Seremban baiki rumah penyokong BN



Keadilandaily - KEADILAN Seremban baru-baru ini bergotong-royong membaiki rumah seorang nenek, Karpaima Marimuthu a/p Kuppusamy Naidu, 74, yang juga penyokong Barisan Nasional.
Penerangan KEADILAN Seremban dalam kenyataannya memberitahu rumah Karpaima yang menetap di Taman Dusun Nyiur, Ampangan, Seremban sejak puluhan tahun berdepan kerosakan teruk kerana kayu yang menyokong atap rumahnya sudah di makan anai-anai dan dimasuki air setiap kali hujan.
“Pasukan petugas KEADILAN Seremban memastikan ke semua kayu yang sudah diganti diletakan ubat anti anai-anai,” kata kenyataan itu.
Turut serta, Ketua Cabang KEADILAN Seremban, Dr. Ahmad Azam Hamzah, Timbalannya yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Dr. Mohamad Rafie Ab Malek dan beberapa sukarelawan parti itu.
KEADILAN Seremban menjadikan slogan Demi Rakyat sebagai teras dalam aktiviti turun padangnya berkhidmat kepada masyarakat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template