Monday, July 25, 2011

Janganlah Membenci Neraka


Sejauh pengetahuan, di alam akhirat hanya ada dua tempat kembali. Pertama adalah neraka. Di sinilah pada hakikatnya manusia berada yang kerananya manusia lebih tepat disebut sebagai calon-calon ahli neraka daripada ahli syurga (Jannah). Sementara tempat kembali yang kedua adalah syurga atau Jannah.

"Sungguh bukanlah seseorang itu masuk al jannah kerana amalannya. Para Sahabat bertanya: "Demikian juga engkau wahai Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam?" Beliau berkata: "Demikian juga saya, melainkan Allah swt melimpahkan rahmat-Nya kepadaku. (HR. Al Bukhari no. 6463 dan Muslim no. 2816).

Ketika bercerita tentang syurga, saya rasa kita akan lebih bersemangat mendengar dan menyemaknya. Anganpun mula membayang-bayangkan betapa bahagianya di sana. Namun sebaliknya, ketika kita mendengar neraka, seolah-olah hanya mendengar namanya saja kita enggan membicarakannya. Boleh jadi kita membencinya. Bahkan tak jarang di antara kita yang berangan-angan agar Allah SWT memusnahkannya sahaja (bc: neraka_pen).

Namun kita perlu ingat perkataan Allah SWT dalam surah Adz Dzariyat ayat 49 bahawa "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah".

Jika kita membenci kewujudan neraka, maka sebenarnya kita akan meniadakan setengah dari keadilan. Sesungguhnya, di dalam neraka terdapat refleksi setengah keadilan. Dan di dalam syurga terdapat refleksi setengahnya lagi. Jika neraka dihapuskan begitu sahaja, lalu kenapa manusia harus diperintahkan untuk selalu taat kepada perintah Allah SWT ...? wallahu a'lam.

Semoga kita dihindarkan dari neraka.

Diterjemah dari Muslimdaily

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template