Friday, July 22, 2011

Iran menembak jatuh sebuah pesawat pengintai AS tanpa juruterbang


HHRS 2.0 - Iran menembak jatuh sebuah pesawat pengintai tanpa juruterbang yang berada di kawasan nuklear Fordu. Seperti dilaporkan sebuah laman web kerajaan, Rabu, 20 Julai 2011, tembakan itu terjadi sehari selepas Iran membenarkan pembuatan mesin pengayaan uranium generasi baru.

"Sebuah pesawat pengintai tanpa juruterbang buatan Amerika Syarikat yang terbang di kota suci Qom dekat kawasan pengayaan uranium Fordu ditembak jatuh oleh unit pertahanan udara Garda Revolusi," kata ahli parlimen Iran, Ali Aghazadeh Dafsari, seperti dikutip Youth Journalist Club yang bergabung dengan TV Kerajaan Iran.

Menurut Dafsari, pesawat itu berusaha mengumpul maklumat tentang lokasi laman. Namun, dia tidak memberikan penjelasan lebih detail soal itu. Dia juga tidak menyebutkan bila insiden itu berlaku.

Laman Fordu yang dibina rahsia di sebuah bunker di pergunungan berhampiran Qom diakui oleh Iran setelah badan perisikan Barat mengidentifikasinya 2009 lalu. Januari lalu, Iran juga mengumumkan bahawa ia telah menembak jatuh dua pesawat pengintai tak berawak barat di Teluk.

Dimintai pengesahan, Pentagon membantah hal itu. Namun, mereka mengakui beberapa pesawat pengintai pernah jatuh kerana kegagalan mesin.

Diterjemah dari fiqhislam,com

Jom Ubah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template