Friday, July 22, 2011

Hina bulan Ramadan, wanita di denda


HHRS 2.0 - Mahkamah Dubai mengenakan denda sebanyak 3000 Dirham pada seorang ekspatriat berasal dari Britain kerana menghina bulan Ramadan dan menyebut rakan kerjanya "diktator" lewat jejaring sosial Facebook.

Perempuan tersebut berusia 31 tahun yang dirahsiakan maklumat dirinya, di persidangan mengakui bahawa beliau menulis status di Facebooknya, mengandungi ungkapan ketidak senangannya dengan bulan suci Ramadan.

Rakan sekerja perempuan tersebut, warga Mesir, dalam satu kenyataan di persidangan mengatakan, bahawa dia membaca status yang menghina bulan Ramadan di Facebook rakannya itu, yang ditulis pada tarikh 4 September 2010.

"Saya sudah nasihat padanya, jangan mengatakan hal-hal buruk tentang bulan Ramadan ketika ia sedang berada di sebuah negeri Muslim," kata perempuan Mesir seperti dikutip harian The National edisi Rabu (20 / 7).

Namun peringatan itu, menurut The National, direspon dengan perkataan yang tidak menyenangkan. Perempuan itu menyebut rakan sekerjanya berasal dari Mesir tadi sebagi perempuan yang "bodoh", "tak tahu apa-apa", "diktator yang berfikiran sempit" dan "pengikut Bin Ladin."

Polis menyampaikan perkara ini kepada peguam 8 bulan kemudian, dengan dakwaan penghinaan terhadap agama. Hakim mahkamah Mohammed Ahmed Shuaib memutuskan perempuan itu bersalah, telah melakukan perbuatan tidak menyenangkan, dan dikenakan denda sebanyak 3000 Dirham.

Diterjemah dari fiqhislam.com

Jom Ubah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template